fbpx
Now Reading
“Dia Tak Berbakat, Suara Pun Tak Sedap” – Mak Aliff Syukri Minta Maaf Bagi Pihak Anaknya [Video]

“Dia Tak Berbakat, Suara Pun Tak Sedap” – Mak Aliff Syukri Minta Maaf Bagi Pihak Anaknya [Video]

Bonda Rozita turut tertanya-tanya dari mana datangnya keyakinan pada usahawan tersebut sehingga sering muncul dengan lagu baru setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ibu kepada usahawan kontoversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita memohon maaf kepada orang ramai susulan pelancaran lagu raya terbaharu anaknya berjudul Cak Cun Cak Raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Bonda Rozita atau nama sebenarnya Rozita Ibrahim menerusi satu video di TikTok berkata, Aliff Syukri sememangnya tidak mempunyai bakat dalam nyanyian bahkan mereka sekeluarga sudah lali dengan perangainya itu.

Namun dia sendiri tidak mengetahui dari mana datangnya keyakinan pada usahawan tersebut sehingga sering muncul dengan lagu baru setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri – mengalahkan artis ternama.

“Saya rasa semua rakyat Malaysia sedia maklum setiap kali raya dia mesti sibuk buat lagu. Kami pun dah kebal dengan perangai dia.

“Kebagusan dia adalah, dia memang tak berbakat pun! Suara dia memang tak sedap. Tapi kerana dia punya keyakinan tu dia dapat kat mana tak tahu… boleh mengalahkan artis yang betul-betul berbakat,”  kata Bonda Rozita.

Tambah Rozita, dia sudah pun memarahi Aliff. Malah dia turut menunjukkan bukti berupa video sewaktu dia bersemuka dengan pengasas produk D’herbs itu.

Namun Aliff ketika dimarahi sempat berseloroh mengatakan dia banyak menerima tawaran menyanyi sehingga terpaksa menolak.

Jelas Rozita lagi, hanya kelurganya yang tahu dan kenal perangai Aliff. Sehubungan itu dia membuat permohonan maaf kepada orang ramai.

“Jangan ingat saya tak marah dia ya. Saya marah, kami faham, orang luar tak faham. Maafkan anak saya netizen, semoga Allah jaga Aliff, Ida (Datin Seri Shahida) dan anak-anak.”

@ibondarozitaibrahim

Kami faham , org luar xfaham .!! maafkan anak sy netizen @Dherbs Terlajak Laris Semoga Allah jaga kri ida anak2 ..!! hapy besday – viral ke berel ..

♬ original sound – Bonda Rozita Ibrahim – Bonda Rozita Ibrahim

Terdahulu Aliff dikecam hebat gara-gara teaser MV lagu raya baharu, Cak Kun Cak Raya yang menampilkan beberapa penari bersama usahawan tersebut dengan imej kurang manis apabila memakai baju Melayu ketat bersama songkok dan samping.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.