fbpx
Now Reading
Didakwa Perlekeh Isu ‘Work-Life Balance’, Janna Nick Teruk Dikecam
Janna Nick beri pandangan mengenai work life balance

Didakwa Perlekeh Isu ‘Work-Life Balance’, Janna Nick Teruk Dikecam

Janna Nick berpendapat jika seseorang itu masih belum mencapai matlamat jangan pernah terfikir untuk mendapat work-life balance.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/syndromgila/status/1642868172545204225?s=20

Setiap orang yang sudah berkerjaya pasti mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai keseimbangan kehidupan semasa bekerja atau lebih mudah dipanggil sebagai ‘work-life balance’.

Malah ada yang merasakan work-life balance merupakan sesuatu yang sangat penting buat seseorang pekerja kerana perkara ini bukan hanya berkait kepada jaminan kesihatan sebaliknya menjadikan individu berkenaan lebih bermotivasi.

Bukan hanya itu mereka juga dapat bekerja dalam persekitaran yang baik dan tenang.

Namun tidak kurang juga ada yang berpendapat work-life balance tidak penting dan usaha keras adalah penentu hala tuju dalam mendapatkan semua yang diimpikan.

Janna Nick kongsi pendapat tentang ‘work-life balance’

Baru-baru ini, pelakon terkenal iaitu Janna Nick telah berkongsikan pandangannya mengenai work life balance di dalam karier seninya.

Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu temubual bersama pelakon Amelia Henderson di dalam podcast Studio Sembang yang disiarkan baru-baru ini di YouTube.

Menerusi temubual tersebut Janna Nick menceritakan tentang kerjayanya sepanjang berada di dalam industri dan sebagai seorang majikan.

Banyak generasi kini inginkan ‘work-life balance’

Pada minit ke-54 di dalam video tersebut Janna berkata dia sedar kebanyakan generasi kini mahukan work-life balance namun dia hanya dapat memiliki semua itu ketika berusia 28 tahun.

“Saya selalu perasan yang generasi kini mereka mahukan work-life balance (ketawa).

“Maaf ya aku mempunyai work-life balance selepas sudah berumur 28 tahun, selepas mempunyai rumah dan kereta,” ujarnya

Berpendapat selagi tidak mencapai matlamat jangan fikir tentang work-life balance

Kata pelakon dan juga pengacara itu, dia tidak menyatakan tentang semua ini untuk berlagak sebaliknya hanya mahu memaklumkan dia berpeluang untuk berehat selepas berusaha keras untuk mendapatkan semua itu dalam kehidupannya.

“Kalau matlamat pertama pun awak masih belum capai, awak jangan pernah berfikir untuk memiliki work-life balance, kecuali dilahirkan dalam keluarga yang kaya,” katanya.

Undang pelbagai reaksi netizen ada yang bersetuju dan ada yang sebaliknya

Walau bagaimanapun, kenyataan Janna mengenai work-life balance yang turut disertai dengan ketawanya telah mendapat kecaman dari orang ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

Ada juga yang menyatakan tidak semua orang mempunyai matlamat yang sama di dalam kehidupan dan seseorang yang menginginkan work-life balance dalam kehidupan bukanlah kerana malas.

“Mahukan work life balance adalah jenaka ke? Ia tidak sama dengan pemalas. Setiap orang mempunyai perjalanan dan masa masing-masing…”

“Eleh jadual penuh pun dah menangis sebab depression lah bagai. Betulkan diri dulu sebelum nak kritik orang…”

Sementara itu, konten tersebut turut tular di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna aplikasi tersebut apabila ada yang tidak kisah jika tidak mempunyai work-life balance dan ada juga sebaliknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.