fbpx
Now Reading
Bakal Lakukan Proses Sulh, Hak Penjagaan Sementara Kepada Diana Dilanjutkan Hingga 31 Mei
Diana dapat hak penjagaan interim hingga 30 Mei

Bakal Lakukan Proses Sulh, Hak Penjagaan Sementara Kepada Diana Dilanjutkan Hingga 31 Mei

Menurut peguam, Datuk Akberdin pasangan itu telah memilih untuk menyelesaikan isu antara mereka di mahkamah selain turut memaklumkan proses sulh turut akan diadakan pada 11 April ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, industri seni digemparkan dengan kemelut rumah tangga pelakon wanita, Diana Danielle apabila dia dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal Mac lalu.

Permohonan itu dibuat oleh aktres berkenaan selepas mendakwa tiada persefahaman di antara mereka suami isteri dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Hak penjagaan sementara dilanjutkan hingga 30 Mei

Terbaharu, hak penjagaan interim (sementara) yang dimiliki Diana Danielle kepada dua cahaya matanya iaitu Muhammad berusia 10 tahun dan Nur Aurora pula 8 tahun telah dilanjutkan oleh Mahkamah sehingga 30 Mei depan.

Peguam Syarie yang mewakili aktres tersebut iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan kedua-dua pihak telah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah di antara mereka menerusi mahkamah.

“Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang,” jelasnya dipetik Harian Metro.

Proses sulh akan diadakan 11 April

Ujar peguam itu lagi, proses sulh juga bakal dilakukan pada 11 April ini dan sebelum ia berjalan mereka akan membuat perbincangan serta akan rekodkan sekiranya terdapat persetujuan.

“Selepas itu, kami akan teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.

“Sekarang ini hak penjagaan interim masih lagi di bawah Diana dan tadi hakim sudah bagi lanjutan hak penjagaan hingga 30 Mei. Kalau ada persetujuan lebih awal, kita akan mohon kepada mahkamah supaya kita boleh rekod dan bubarkan perkahwinan dengan cepat,” ujarnya.

Ketika disoal berhubung permintaan anak sulung pasangan tersebut iaitu Muhammad yang mahu pulang ke Kedah (kampung Farid) untuk meraikan Aidilfitri, peguam Diana menyatakan sebelum keputusan diberikan pihaknya akan membuat perbincangan mengenainya terlebih dahulu.

“Kita sedang berbincang dengan peguam di sebelah sana dan kita akan pertimbangkan semua ini. Kita akan buat persetujuan setakat mana kita boleh seperti hak lawatan dan hak bawa pergi ke Kedah, kemudiannya kita akan buat perjanjian untuk perkara terbabit,” maklum peguam itu lagi.

Untuk makluman pasangan tersebut telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah, Selangor untuk sebutan pertama bagi kes hadanah iaitu hak penjagaan dua cahaya mata mereka.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.