fbpx
Now Reading
Isu Pukul Wanita Nama ‘Diana’, Syamsul Yusof Harap Dilembutkan Hati Tarik Semula Saman Terhadap Farid Kamil
Syamsul yusof harap dilembutkan hati tarik balik saman

Isu Pukul Wanita Nama ‘Diana’, Syamsul Yusof Harap Dilembutkan Hati Tarik Semula Saman Terhadap Farid Kamil

Syamsul Yusof bagaimanapun menegaskan setakat ini saman terhadap pelakon, Farid Kamil masih diteruskan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah memaklumkan akan mengheret pelakon utama filem Anwar: The Untold Story, Farid Kamil ke muka pengadilan selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran di media sosialnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta Story, Farid telah mendakwa seorang individu mempunyai rekod memukul seorang wanita bernama ‘Diana’ yang dipercayai merujuk kepada isterinya sekitar tahun 2005 yang lepas.

Menurut pengarah itu dia hanya mengetahui tentang hantaran tersebut selepas diberitahu oleh rakan-rakannya sebelum membuat keputusan untuk menyaman pelakon berkenaan.

Sedia pertimbang untuk tarik semula saman terhadap Farid Kamil

Terbaharu, Syamsul memaklumkan bahawa dia boleh mempertimbangkan untuk menarik semula saman yang diberikan kepada Farid Kamil namun menegaskan setakat ini ia masih diteruskan.

“Saya berharap Allah lembutkan hati saya untuk menarik balik saman. Buat masa ini saman itu masih diteruskan.

“Ini bukan soal siapa menang siapa kalah tetapi tindakan ini diambil (apa bila) ada orang mengganggu dan berkata buruk tentang kita.

“Saya seorang yang sukakan keamanan dan tidak mahu ada sebarang isu dengan rakan artis kerana satu bidang.

“Apa tindakan anda kalau ada orang ganggu dan kutuk anda dalam media sosial. Saya tidak mahu berterusan berbalas kenyataan seperti budak-budak,” ujar Syamsul.

Minta doakan artis lain juga dalam menghadapi kemelut rumah tangga

Ditanya mengenai penceraian yang banyak berlaku di kalangan artis ketika ini, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tersebut berharap agar semua orang mendoakan yang terbaik bukan hanya untuk dirinya tetapi buat rakan artis lain juga.

“Isu ini (rumah tangga) sudah nampak seperti trend, tetapi ini bukan perkara main-main. Kehidupan peribadi, realitinya tidak semudah dan disangka.

“Doakan kami semua, tetapi saman tetap saman,” jelasnya dipetik Kosmo.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.