fbpx
Now Reading
Peguam Sahkan Puteri Sarah Mungkin Failkan Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof
puteri sarah mungkin akan failkan tuntutan nusyuz pada syamsul yusof

Peguam Sahkan Puteri Sarah Mungkin Failkan Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof

Menurut peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader tuntutan nusyuz terhadap Syamsul Yusof boleh dibuat namun ia mengambil masa untuk diperhalusi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kemelut rumah tangga pelakon wanita, Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih lagi belum menemui noktahnya.

Malah beberapa kes yang dikemukakan mengenai rumah tangga mereka kini masih aktif dibicarakan di mahkamah bagi mencari jalan penyelesaianya.

Semalam (6 April) Mahkamah Rendah Syariah Gombak telah menetapkan 8 Mei depan iaitu tarikh bagi sebutan semula kes tuntutan nusyuz yang difailkan oleh Syamsul kepada isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Tuntutan tersebut dilakukan oleh suaminya selepas mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan lelaki lain. Dia yang ditemui di mahkamah bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal itu dan hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.

Baca artikel berkaitan: “Saya Tak Mahu Lukakan Hati Puteri Sarah Lagi” – Syamsul Yusof Reda Dengan Apa Saja Keputusan Mahkamah Kelak

Failkan penyataan pembelaan terhadap permohonan nusyuz

Susulan itu, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akan memfailkan penyataan pembelaan terhadap permohonan nusyuz itu.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader kepada media selepas sebutan kes nusyuz di mahkamah semalam (6 April).

Puteri Sarah mungkin failkan tuntutan nusyuz kepada Syamsul Yusof

Aktres berkenaan dalam masa sama, mungkin bakal membuat tuntutan nusyuz kepada Syamsul Yusof.

Menurut peguam syarie itu, tuntutan terbabit adalah perkara yang boleh dibuat tetapi ia mengambil masa untuk diteliti.

“Kita akan uruskan, akan atur apa benda yang akan dibuat. Kalau ada perkara yang hendak dibuat, ia akan dibuat ikut undang-undang.

“Dalam masa terdekat ini, kita akan memasukkan pembelaan terhadap nusyuz (oleh Syamsul). (lepas ini) kita tengok nak masukkan tuntutan balas atau nusyuz pihak sana pula,” ujar peguam itu dipetik Utusan.

Tuntutan tersebut masih difikirkan

Disoal berhubung tuntutan nusyuz yang mungkin akan difailkan kepada suami Puteri Sarah, peguam itu memberitahu ia merupakan perkara yang boleh dibuat serta sedang dipertimbangkan.

Apa itu tuntutan nusyuz?

Untuk makluman, tuntutan nusyuz kebiasaannya difailkan oleh pihak suami terhadap isteri disebabkan tidak patuh kepada perintah suami atau derhaka dan si ibu (jika pasangan mempunyai anak) boleh hilang kelayakan untuk mendapat penjagaan anak sekiranya terbukti bersalah.

Namun mahkamah turut membenarkan isteri membuat tuntutan nusyuz terhadap suaminya.

Pun begitu, tuntutan nusyuz isteri terhadap suami pula adalah sekiranya individu berkenaan telah mengabaikan nafkah zahir batin, meminta isteri melakukan hal yang tidak baik atau salah dari segi hukum syarak, memukul isteri serta tidak bersikap adil untuk yang berpoligami (mempunyai isteri lebih dari satu).

Penalti atau hukuman boleh diberikan terhadap suami nusyuz namun bergantung kepada jenis kesalahan yang dibuat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.