fbpx
Yusof haslam harap hubungan syamsul dan puteri sarah baik tak bermusuh

Setuju Untuk Bercerai 18 April, Yusof Haslam Harap Hubungan Syamsul & Puteri Sarah Baik Demi Anak-Anak

Kata Yusof Haslam, dia berharap agar hubungan Syamsul dan Puteri Sarah dalam keadaan baik dan tidak bermusuh antara satu sama lain selepas bercerai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan selebriti iaitu Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah akhirnya bersetuju untuk bercerai pada 18 April ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Keputusan itu dibuat oleh pasangan terbabit selepas mereka berjumpa pada 9 April lalu dan mengadakan perbincangan dan mendapatkan kata sepakat dari kedua belah pihak

Baca artikel berkaitan: Syamsul Yusof & Puteri Sarah Setuju Bercerai Pada 18 April Ini

Yusof Haslam reda jika bercerai jalan terbaik

Susulan dengan pengumuman tersebut, Datuk Yusof Haslam iaitu bapa kepada Syamsul reda dengan keputusan tersebut sekiranya penceraian adalah jalan terbaik bagi pasangan itu.

“Jika penceraian jalan terbaik, kami reda meskipun masih sayangkan Sarah,” katanya.

Harap hubungan anak dan menantu baik demi anak-anak

Yusof Haslam turut mengingatkan Syamsul agar hubungan baik bersama isteri pertamanya itu dijaga dengan baik demi kebaikan anak-anak serta jangan mengabaikan zuriatnya.

“Siapa suka dengan penceraian? Kalau boleh kami memang tak mahu mereka bercerai.

“Namun, Puteri Sarah lebih tahu apa yang berlaku kerana dia yang hidup dengan Syamsul. Jadi, kami terima dengan hati terbuka.

“Asalkan Syamsul bercerai dengan cara baik dan tidak ada konflik, itu sudah memadai. Lagipun benda sudah berlaku, nak patah balik pun tak boleh.

Jadi doakan yang baik baik sahaja untuk mereka. Saya harap selepas bercerai, hubungan Syamsul dan Puteri Sarah tidak putus serta janganlah bermusuh. Mereka kena fikir masa depan anak-anak,” ujar Yusof dipetik BH Online.

Ingatkan Syamsul untuk jalankan tanggungjawab pada anak-anak

Katanya sebagai seorang bapa, Syamsul hendaklah melaksanakan tanggungjawab dan membesarkan anak-anaknya.

“Pesanan saya buat Syamsul, pandai-pandailah bawa diri dengan jalan hidup yang dipilih itu,” maklumnya.

Puteri Sarah akan sambut hari raya bersama

Ketika ditanya berhubung sambutan Hari Raya yang bakal menjelang nanti, Yusof Haslam turut sempat berkongsi bahawa Puteri Sarah bersetuju untuk menyambut 1 Syawal bersama keluarganya.

“Saya difahamkan Puteri Sarah dan anak-anak akan meraikan Aidilfitri bersama kami. Puteri Sarah akan bermalam di rumah kami dan pada sebelah petang Syawal pertama, barulah pulang ke rumah orang tuanya.

“Walau apapun yang terjadi, Puteri Sarah tetap menantu saya meskipun sudah berkahwin lain suatu hari nanti.

“Malah, hubungan saya dengan keluarga besan (keluarga Puteri Sarah) juga tetap baik,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.