fbpx
Now Reading
“Hati Rasa Tenang & Damai”- DJ Lin Kini Tampil Dengan Imej Bertudung Selepas Pulang Dari Umrah
DJ Lin kini tampil berhijab

“Hati Rasa Tenang & Damai”- DJ Lin Kini Tampil Dengan Imej Bertudung Selepas Pulang Dari Umrah

Menurut DJ Lin yang popular dengan segmen Suria Cinta, pemergian dua insan tersayang dalam keluarga telah membuatkan dia tersedar sudah sampai waktunya untuk seimbangkan urusan dunia dan akhirat sekarang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap umat Islam sememangnya dituntut untuk menutup aurat dengan sempurna baik lelaki mahupun wanita.

Meskipun adakalanya kita diuji ketika ingin melakukan perintah Allah SWT ini namun sebagai hambanya kita perlu sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Perkabaran yang baik seperti seseorang yang sedang berusaha mendekati Allah SWT perlulah kita raikan dengan kesyukuran agar ia secara tidak langsung terus menyuntik rasa cinta untuk terus istiqamah kepada individu berkenaan.

DJ Lin mengalirkan air mata kongsi kisah penghijrahan diri

Baru-baru ini, DJ Lin iaitu penyampai dan Pengurus Besar radio Suria FM telah mengambil keputusan untuk berhijab selepas pulang dari tanah suci.

Malah penyampai radio itu turut berkongsi kisah penghijrahannya itu sehingga mengalirkan air mata.

Dia atau nama penuhnya, Roslinda Abd Majid yang merupakan Pengurus Besar Suria FM memaklumkan pemergian ibu tercinta, Puteh Jantan pada tahun lepas serta kekanda, Mohd Yusod Abdul Majid pada tahun ini telah menyuntik rasa keinsafan kepadanya.

“Sepanjang tempoh 23 tahun saya menghambakan diri dalam bidang radio, arwah mak pernah cakap, fokus saya nombor satu pada kerja dan keluarga pula jatuh nombor dua.

“Bila orang lain pulang ke kampung, saya pula sibuk bekerja di pejabat kerana sayang sangat dengan Suria FM yang dianggap seperti ‘baby’ saya ini,” jelasnya dipetik Harian Metro.

Pemergian orang tersayang buat DJ Lin sedar

Menurutnya, pemergian dua individu yang disayanginya itu telah membuatkan dia tersedar bahawa sebagai seorang manusia kita hendaklah kembali kepada fitrah iaitu menjadi hamba Allah SWT.

“Bila arwah mak dan abang meninggal dunia, baru saya sedar adakah saya terlalu mengejar urusan dunia dan hal keduniaan? Sampai masanya, saya seimbangkan urusan dunia dan akhirat sekarang,” ujarnya.

Keputusan berhijab dibuat lepas balik umrah

Bercerita tentang penghijrahannya dengan penampilan terkini, DJ Lin memaklumkan keputusan untuk menutup aurat itu dilakukan selepas pulang dari Makkah, malah turut menyatakan dirinya sudah lama mempunyai perancangan untuk bertudung.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya hati terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya kerana memang sudah lama saya merancang untuk bertudung.

“Waktu di Makkah dan Madinah, saya memang pakai tudung labuh dan ada masanya berniqab di Tanah Suci.

“Saya percaya ia petanda yang baik kerana hati berasa tenang dan damai sepanjang di sana hingga saya sudah pasang niat untuk bertudung sebaik saja kembali ke tanah air,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, DJ Lin merupakan seorang penyampai radio Suria FM yang terkenal dengan segmennya iaitu Suria Cinta.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.