fbpx
Now Reading
FINAS Saman 47 Individu & Syarikat Produksi Yang Gagal Terbit Filem Guna Dana RM20 Juta
FINAS saman 47 individu dan syarikat produksi

FINAS Saman 47 Individu & Syarikat Produksi Yang Gagal Terbit Filem Guna Dana RM20 Juta

Menurut Md Nasir, sekiranya 47 individu dan syarikat produksi berkenaan tidak mengendahkan saman yang telah dikemukakan mereka akan diisytiharkan muflis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendedahkan pihaknya telah menyaman 47 individu serta syarikat produksi yang gagal menerbitkan sebarang filem meskipun telah menerima dana keseluruhan berjumlah RM20 juta yang telah diberikan.

Menurut Malay Mail yang memetik Utusan Malaysia, Ketua Eksekutif FINAS iaitu Md Nasir Ibrahim menyatakan tindakan tersebut diambil mengikut laporan audit yang membabitkan dana dari tahun 2013 hingga 2017.

“Berdasarkan laporan audit yang kami terima, semua penerima dana itu gagal menerbitkan filem seperti yang telah dipersetujui.

“Oleh itu, FINAS mengambil tindakan undang-undang bagi membendung dari masalah penyelewengan dan mengemukakan saman kepada semua 47 syarikat dan individu yang terlibat.

“Jika tindakan tersebut tidak diendahkan, individu dan syarikat terbabit akan diisytiharkan muflis,” katanya.

Gesa syarikat dan individu terbabit pulangkan semula wang dana namun tak berjaya

Jelasnya, FINAS juga telah mengeluarkan surat amaran menggesa individu dan syarikat tersebut untuk membuat pembayaran semula dana yang diambil namun ia gagal.

Malah ada segelintir pihak di sebelah sana menyalahkan FINAS kerana bersikap tidak berperikemanusiaan apabila mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Kata beliau, FINAS menyasarkan untuk mendapatkan semula dana yang sudah ‘dibazirkan’ bagi memulihkan semula reputasinya, selain mahu menangani kelemahan yang boleh menyebabkan dana filem yang diberi itu disalahgunakan.

FINAS akan perketatkan proses pemberian dana agar tidak disalahgunakan

Berikutan itu, Md Nasir memaklumkan FINAS akan memperketatkan proses pemberian dana kepada syarikat produksi mahupun individu yang merancang untuk menerbitkan filem pada tahun ini.

“FINAS juga akan turun padang bagi melihat proses penggambaran yang dilakukan oleh penerima dana bagi memastikan ia tidak disalahgunakan,” ujarnya.

Selain itu, FINAS juga akan menambah baik proses pemilihan bagi penerima dana.

“Tahun ini kita melantik 30 ahli panel yang terdiri daripada ahli akademik, pemain industri (filem dan drama) termasuklah penulis skrip, pengarah dan juga individu lain bagi memudahkan proses berkenaan,” katanya berhubung proses pemilihan penerima dana.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.