fbpx
Now Reading
“Usia Kandungan Ibu Masih Awal”- Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Dedah Sedang Hamil Anak Ketiga
nurul shuhada pregnant 10 minggu

“Usia Kandungan Ibu Masih Awal”- Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Dedah Sedang Hamil Anak Ketiga

Menurut Nurul Shuhada atau mesra dipanggil Shu, dia tidak mampu menahan air mata dan menangis ketika menceritakan kepada mahkamah bahawa dirinya kini sedang hamil 10 minggu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/hiburan/2023/03/31/peguam-sahkan-hafidz-roshdi-sudah-ke-hospital-bahagia-perlu-jalani-beberapa-prosedur-rawatan/

Industri hiburan sebelum ini digemparkan dengan isu pergolakan rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Kemelut rumah tangga mereka kemudian dibawa ke mahkamah agar ia dapat diselesaikan selepas Nurul Shuhada mendakwa dia telah diceraikan talak satu menerusi panggilan telefon.

Baca artikel berkaitan: Hafidz Roshdi Cerai Isteri Talak Satu Melalui Telefon Di Hadapan Keluarga

Nurul Shuhada maklum pada mahkamah sedang hamil 10 minggu

Terbaharu, Nurul Shuhada mengesahkan dirinya kini sedang hamil selama 10 minggu dan mengalirkan air mata ketika menceritakan hal tersebut kepada mahkamah.

Dia yang tampil membuat pendedahan berkenaan menerusi hantaran di Instagram turut mengakui dirinya sedang mendapatkan rawatan bagi masalah tekanan dan depresi yang sedang dialami.

Cuba untuk kuat ketika berdepan dengan masalah rumah tangga

Menerusi hantaran tersebut dia yang mesra dipanggil Shu itu meluahkan sebagai seorang ibu dia cuba menjadi kuat dalam berdepan dengan masalah yang sedang melanda namun ada waktunya kekuatan itu seperti sukar untuk dimiliki.

“Semalam waktu ke mahkamah untuk mendapatkan hak saya, saya tak mampu tahan hati. Air mata mengalir tak henti waktu saya ceritakan pada mahkamah yang saya tengah mengandung 10 minggu.

“Saya dah cuba kuat. Tapi saya perlukan kekuatan dari sekeliling. Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dialami. Saya akan usaha sepenuh hati, saya kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk bayi,” tulisnya dalam hantaran itu.

Tak boleh ambil ubat tekanan kerana bimbang jejaskan kandungan

Menurut Shu halangan terbesar yang dihadapi ketika ini adalah disebabkan usia kandungan yang masih awal dia tidak dapat mengambil ubat untuk mengurangkan tekanan kerana bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan bayi.

Luahnya ia bukanlah perkara yang mudah untuk berjuang mengatasi masalah tekanan itu tanpa ubat, namun harus digagahi jua demi anak-anak tercinta.

Nurul Shuhada pengsan dan diminta berbuka bimbang boleh bahayakan kandungan

Malah Shu turut menyuarakan kebimbangan adakah dia mampu menempuh dugaan yang mendatang.

“Saya nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik. Saya kena kuat sebab nak lihat anak-anak membesar depan mata saya dan sama-sama kita susah senang.

“Hari ini seharian saya menangis. Tadi dekat hospital saya jatuh pengsan. Doktor minta saya buka puasa sebab tak cukup kuat dan boleh membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tidak henti mengalir.

“Apa yang berlaku ini, saya terima. Walaupun payah nak ditelan. Walau saya dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan terpaksa hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada.”

Jelasnya pada mulanya dia berasa kesunyiaan sehingga kecewa namun terlupa Allah SWT terlalu menyayanginya dan berikan keluarga dan rakan yang bersama-sama dengannya ketika menempuh dugaan ini.

Malah dia turut mendapat banyak sokongan dan kekuatan dari orang ramai untuk membantunya terus bangkit berdiri di atas kaki sendiri, bahkan mereka juga turut mendoakannya.

“Terima kasih Allah SWT, terima kasih semua. Tak dapat saya balas budi semua selain terus maju kedepan tanpa toleh belakang lagi.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.