fbpx
Now Reading
Syamsul Yusof Tak Jadi Lafaz Cerai, Gara-Gara Puteri Sarah Enggan Tarik Saman Terhadap Ira Kazar
Puteri sarah dan syamsul yusof tak jadi cerai

Syamsul Yusof Tak Jadi Lafaz Cerai, Gara-Gara Puteri Sarah Enggan Tarik Saman Terhadap Ira Kazar

Menurut Mohd.Azmi Rais iaitu peguam mewakili Syamsul Yusof, draf persetujuan yang diserahkan Puteri Sarah menunjukkan dia masih mahu meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar dan keluarganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui 18 April merupakan tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah bagi kes penceraian pelakon, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof.

Sebelum ini, pasangan selebriti tersebut memaklumkan mereka telah menemui kata sepakat dan bersetuju untuk mengakhiri hubungan perkahwinan itu selepas satu perbincangan dilakukan oleh mereka.

Baca artikel berkaitan: Syamsul Yusof & Puteri Sarah Setuju Bercerai Pada 18 April Ini

Enggan tarik saman terhadap Ira Kazar, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof tidak bercerai

Terbaharu, Syamsul Yusof dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya pada hari ini (18 April).

Difahamkan ia berpunca disebabkan aktres berkenaan enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar dan keluarga.

Selain itu, permintaan Syamsul Yusof agar pengurangan nafkah dua cahaya mata mereka juga tidak persetujui oleh Puteri Sarah.

Sebaik kes disebut di hadapan Hakim Syarie Akmalludin Ilyas, peguam syarie yang mewakili aktres berkenaan, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pasangan itu gagal mendapat persetujuan terhadap draf penyelesaian yang telah dipersetujui.

Pinda beberapa terma & minta mutaah yang tinggi

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Syamsul pula, Mohd.Azmi Rais menyatakan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana berkenaan telah bertindak meminda beberapa terma di dalam draf persetujuan terbabit.

“Bila diserahkan draf persetujuan, kami dapati terdapat perubahan antaranya plaintif (Puteri Sarah) masih ingin meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar dan keluarganya. Sarah juga meminta jumlah mutaah yang tinggi yang tidak dapat dipersetujui oleh defendan (Syamsul),” kata peguam tersebut dipetik Kosmo.

Saman terhadap Ira Kazar telah difailkan pada Jun tahun lalu

Sebagai info pada Jun 2022, pelakon drama ‘Andai Itu Takdirnya’ telah memfailkan saman kepada isteri kedua Syamsul Yusof atas dakwaan menganggu rumah tangganya.

Susulan dari saman yang difailkan itu, pada 4 Julai 2022 Mahkamah Sesyen telah mengarahkan perintah injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) di mana Ira mahupun sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya tidak boleh menjejaskan ketenteran dan kedamaian Puteri Sarah bersama keluarga serta keluarga mertuanya termasuklah pengarah terbabit.

Ira juga turut dihalang daripada mendekati atau berada pada jarak dalam 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarga, keluarga mentua, suaminya (Syamsul Yusof) dan juga mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan aktres itu.

Walau bagaimanapun, prosiding pada hari ini turut akan menyelesaikan beberapa termat yang akan direkodkan. Antara terma-terma penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.