Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Selepas kecoh di Malaysia, kini giliran Indonesia pula terpalit dengan isu curang apabila seorang isteri kepada penyanyi terkenal negara itu membuat pendedahan mengenai sikap sebenar suaminya.
Penyanyi terkenal, Virgoun dikatakan curang apabila pendedahan tersebut dilakukan sendiri oleh isterinya, Inara Rusli yang tidak tahan dan sanggup berdiam diri setelah mengetahui kejadian tersebut belaku sejak dua tahun lalu.
Lebih mengejutkan, Inara menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya turut memaklumkan Virgoun pernah melakukan perbuatan tidak senonoh dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks, lapor mstar.
Virgoun pernah tanda tangan surat perjanjian
Menurut Inara, suaminya itu sebelum ini pernah menandatangani surat perjanjian bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatannya. Namun dia telah melanggar perjanjian tersebut.
Paksa lakukan hubungan suami isteri ketika siang hari di bulan puasa
Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu juga didakwa mengulangi perbuatannya itu selain meminta isterinya melakukan hubungan suami isteri di siang hari ketika bulan Ramadan.
Selain itu, Virgoun juga didakwa memaksa isterinya untuk mengambil ubat kurus selain membuka purdah yang dipakainya.
“Saya diminta untuk melayani nafsunya di siang hari ketika bulan puasa, ke mana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami,” ujarnya.
Untuk info, Virgoun yang juga bekas penyanyi kumpulan Last Child itu telah berkahwin bersama Inara Rusli pada 2014 lalu dan sepanjang tempoh bersama mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.