fbpx
Now Reading
Virgoun Didakwa Curang Sejak 2 Tahun Lalu, Siap Ajak Isteri Bersetubuh Di Siang Hari Ketika Bulan Puasa

Virgoun Didakwa Curang Sejak 2 Tahun Lalu, Siap Ajak Isteri Bersetubuh Di Siang Hari Ketika Bulan Puasa

Isteri Virgoun turut mendakwa penyanyi itu pernah melakukan perbuatan tidak senonoh dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapat khidmat seks.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas kecoh di Malaysia, kini giliran Indonesia pula terpalit dengan isu curang apabila seorang isteri kepada penyanyi terkenal negara itu membuat pendedahan mengenai sikap sebenar suaminya.

Penyanyi terkenal, Virgoun dikatakan curang apabila pendedahan tersebut dilakukan sendiri oleh isterinya, Inara Rusli yang tidak tahan dan sanggup berdiam diri setelah mengetahui kejadian tersebut belaku sejak dua tahun lalu.

Lebih mengejutkan, Inara menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya turut memaklumkan Virgoun pernah melakukan perbuatan tidak senonoh dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks, lapor mstar.

Virgoun pernah tanda tangan surat perjanjian

Menurut Inara, suaminya itu sebelum ini pernah menandatangani surat perjanjian bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatannya. Namun dia telah melanggar perjanjian tersebut.

tangkap layar dari Insta Story Inarah (Foto: Instagram/mommy_starla)

Paksa lakukan hubungan suami isteri ketika siang hari di bulan puasa

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu juga didakwa mengulangi perbuatannya itu selain meminta isterinya melakukan hubungan suami isteri di siang hari ketika bulan Ramadan.

Selain itu, Virgoun juga didakwa memaksa isterinya untuk mengambil ubat kurus selain membuka purdah yang dipakainya.

“Saya diminta untuk melayani nafsunya di siang hari ketika bulan puasa, ke mana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami,” ujarnya.

Tangkap layar dari Insta Story Inarah (Foto: Instagram/mommy_starla)

Untuk info, Virgoun yang juga bekas penyanyi kumpulan Last Child itu telah berkahwin bersama Inara Rusli pada 2014 lalu dan sepanjang tempoh bersama mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.