fbpx
Now Reading
Beego & Linda Akui Telah Bercerai, Namun Sudah Rujuk Semula Dalam Tempoh Edah

Beego & Linda Akui Telah Bercerai, Namun Sudah Rujuk Semula Dalam Tempoh Edah

Pasangan ini dikhabarkan telah bercerai pada 27 Mac 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 43, dan pasangan Norhazlinda Hashim atau Linda, 39, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin (8 Mei) bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak mereka.

Keputusan ini diambil setelah kedua-dua mencapai kata sepakat untuk rujuk semula.

Kehadiran mereka sekaligus menjawab persoalan orang ramai mengenai identiti pasangan selebriti yang sebelum ini dilaporkan berada di mahkamah syariah beberapa hari lalu.

Sudah cerai pada 27 Mac 2023 namun rujuk semula pada 9 April

Memetik Harian Metro, pasangan ini mengesahkan telah bercerai pada 27 Mac 2023 yang lalu, namun mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah iaitu pada 9 April 2023.

Bukan Kerana Orang Ketiga

Linda bagaimanapun memaklumkan bahawa punca perceraian bukanlah disebabkan oleh pihak ketiga atau masalah kewangan seperti yang dihadapi pasangan lain.

Sebaliknya mereka sebelum ini berdepan masalah persefahaman dalam komunikasi.

“Perceraian kami bukan disebabkan oleh penyondol (orang ketiga). Begitu juga, bukan kerana masalah kewangan sebagaimana dihadapi pasangan lain. Macam yang saya katakan, kami memang berhadapan masalah persefahaman dalam komunikasi. Ia berpunca, mungkin kerana banyak perkara yang masing-masing pendam di dalam hati sebelum ini.”

Linda Hashim

Apa yang berlaku lumrah suami isteri, bersyukur dapat berbaik semula

Dalam pada itu Beego menyifatkan apa yang berlaku adalah asam garam dalam perkahwinan.

“Saya percaya, setiap pasangan yang berkahwin itu akan berhadapan ujian-ujiannya. Lima tahun awal (berkahwin) diuji dengan persefahaman dan untuk 10 tahun perkahwinan pula diuji perkara lain. Apapun, saya bersyukur kami boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan rumah tangga ini semula demi perasaan kami dan anak-anak.”

Beego

Sebagai info, Beego yang merupakan pelakon sitkom komedi Puteri dan Linda telah mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon wanita dilihat muncul di mahkamah syariah secara diam-diam bagi menyelesaikan masalah dengan suaminya yang juga seorang pelakon.

Rara-rata netizen bagaimanapun ‘memetik’ nama Beego dan Linda selepas kedua-duanya dilihat jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Tak Jadi Lafaz Cerai, Gara-Gara Puteri Sarah Enggan Tarik Saman Terhadap Ira Kazar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.