fbpx
Now Reading
PU Amin Cadangan Anjur Hiburan Alternatif Berkonsep Islamik Untuk Bantah Konsert Coldplay
pu amin

PU Amin Cadangan Anjur Hiburan Alternatif Berkonsep Islamik Untuk Bantah Konsert Coldplay

Menurut PU Amin, hiburan alternatif itu lebih relevan untuk dilakukan bagi membantah konsert Coldplay yang akan dilakukan pada 22 November nanti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu, orang ramai mula membincangkan tentang penganjuran konsert Coldplay yang akan berlansung pada 22 November akan datang.

Malah ada yang gembira dengan pengumuman tersebut khususnya para peminat yang sudah lama menanti memandangkan ini merupakan persembahan sulung mereka di Malaysia.

Keterujaan para peminat ini dapat dilihat apabila tiket habis dijual dalam beberapa jam selepas pembelian dibuka pada 16 Mei dan 17 Mei lalu.

Walau bagaimanapun, konsert ini turut mendapat reaksi yang kurang senang di kalangan pendakwah apabila merasakan ia tidak bersesuaian dengan penganut agama Islam.

Bantahan secara vokal kurang berkesan, cadangkan buat hiburan alternatif

Terbaharu pendakwah bebas, PU Amin mencadangkan agar hiburan alternatif boleh dilakukan sebagai langkah yang baik untuk membantah konsert kumpulan berkenaan.

Jelas pendakwah atau nama penuhnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, hiburan tersebut yang dimaksudkan itu lebih berkonsep kepada keagamaan seperti berselawat.

Malah menurutnya hiburan seperti itu lebih relevan berbanding bantahan yang dibuat secara vokal.

“Kalau kita nak kata jangan pergi (konsert Coldplay), orang tetap akan pergi.

“Jadi kita buat hiburan alternatif. Sebab itu kita buat majlis selawat yang juga mempunyai nyanyian, gema, irama, namun ada batasannya.

“Contoh ketika Blackpink datang Malaysia, Raihan juga buat konsert. Mereka membantah dengan cara begitu.

“Saya rasa ia lebih relevan dan berjaya menarik jiwa orang muda. Saya rasa itu bantahan paling santun,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Teguran terbuka tidak berjaya sebaliknya hanya tumpang populariti

Amin sebelum ini pernah membuat teguran secara terbuka namun perkara itu dilihat kurang berkesan sebaliknya hanya menumpang populariti selebriti.

“Dulu saya bersikap melakukan bantahan kepada beberapa nama selebriti. Ya kita dapat publisiti.

“Namun ia tidak memberi kesan kepada masyarakat. Pengikut (di laman sosial) memang naik tapi dari aspek hala tuju dakwah, ia tidak menjadi,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.