fbpx
Now Reading
“Mimpi Jadi Nyata”- Giliran Ernie Zakri Pula Hiasi Billboard Di Times Square, New York

“Mimpi Jadi Nyata”- Giliran Ernie Zakri Pula Hiasi Billboard Di Times Square, New York

Ernie Zakri turut menyatakan bahawa mimpi boleh menjadi nyata apabila melihat wajahnya menghiasi papan iklan ikonik di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan bergelar anak seni atau penyanyi bukanlah suatu perkara yang mudah terutama dalam menonjolkan bakat dan kualiti yang dimiliki untuk terus kekal relevan.

Mereka juga perlu disiplin dan komited dalam membawa nama dan bakat agar terus dikenali.

Oleh itu, dengan wujudnya aplikasi lagu seperti Apple Music, Spotify dan sebagainya ia banyak membantu anak seni untuk terus dikenali hingga ke persada dunia.

Malah sebelum ini beberapa penyanyi terkenal dari Malaysia seperti Yuna, Layla Sania, Kumpulan Dolla dan juga Iman Troye telah berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia apabila berpeluang menghiasi papan ikonik digital di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Baca artikel berkaitan: Selepas Beberapa Rakan Selebriti, Kini Giliran Iman Troye Pula Hiasi Billboard Di Times Square NYC

Giliran Ernie harumkan nama Malaysia di New York

Terbaharu penyanyi wanita terkenal, Ernie Zakri juga tidak melepaskan peluang untuk mengharumkan industri muzik tanah air apabila wajahnya turut dipaparkan pada bangunan ikonik tersebut.

Bangga dengan pencapaian tersebut Ernie Zakri turut memuat naik hantaran tentang perkara tersebut di Instagram miliknya.

“Mimpi jadi nyata. Ernie jadi duta untuk bulan ini. Mama, kita ada dekat billboard NYC (New York City),” kata pelantun lagu ‘Ku Bersuara’ di dalam kapsyen.

Penampilan Ernie sebahagian daripada kempel Equal di Spotify

Menerusi hantaran tersebut difahamkan penampilan penyanyi hebat kelahiran Malaysia di papan iklan berkenaan adalah sebahagian daripada kempen Equal dari aplikasi muzik, Spotify.

“Semestinya, saya sangat gembira dengan peluang ini. Alhamdulillah, ia salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai penyanyi solo.

“Saya tidak pernah terbayang wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang dikenali seluruh dunia,” jelas Ernie, dipetik Berita Harian.

Tahun 2023 banyak beri kenangan manis buat Ernie

Penyanyi wanita itu turut memaklumkan tahun 2023 telah banyak melakar kenangan manis buat dirinya selain memberitahu mempunyai banyak perancangan lain untuk tahun ini.

“Saya bercadang menghasilkan lebih banyak lagu dan mungkin, album pada penghujung tahun ini.

“Banyak yang sudah dirancangkan, jadi tolong doakan semuanya dimudahkan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ernie berkata dia sentiasa mahu menjadi yang terbaik dan menyifatkan mimpi boleh menjadi kenyataan jika seseorang itu bekerja dengan bijak.

“Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. Kebanyakkan lagu adalah berkaitan pemerkasaan wanita dan inilah yang ingin saya laungkan.

“Mimpi boleh menjadi kenyataan jika bekerja dengan bijak. Banyak yang saya pelajari.

“Dahulu, saya fikir bekerja keras adalah kunci segala-galanya, tetapi kini selepas bergelar ibu dan isteri, saya mengerti perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup serta kerjaya,” kata isteri kepada penyanyi, Syamel.

Ramai ucap tahniah, Syamel mahu Ernie terbang tinggi

Melihat di ruangan komen, penyanyi itu dihujani dengan ucapan tahniah malah suaminya, Syamel turut memberi semangat agar Ernie terus terbang tinggi mencipta kejayaan.

“Bangga dengan awak, terbang tinggi baby”

“Selayaknya”

“Ni baru betul-betul layak. Artis Malaysia yang betul-betul berilmu dan berbakat tapi humble. Tahniah kak Nini”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.