Tular Video Kak KM Gelek Sakan, Ifa Raziah Tampil Mohon Maaf [Video]
Berikutan tular video Kak KM bergelek sakan itu, pihak JAIM turut menghubungi pihak Star Vendor Sdn Bhd selepas mereka mendapat aduan dari orang awam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan beberapa individu termasuk usahawan yang dikenali sebagai Kak KM sedang bergelek sakan di atas pentas.
Menerusi video tersebut, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli bukan sahaja bergelek malah turut menyanyikan lagu sambil menghiburkan para penonton yang hadir dipercayai di acara Star Vendors di MITC, Melaka.
Turut kelihatan penonton di acara tersebut menjerit ketika melihat aksi panas tersebut dilakukan.
Video itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang ramai memandangkan ia tidak bersesuaian kerana acara tersebut dihadiri oleh pelbagai peringkat umur termasuk anak kecil.
siapa yang anjurkan concert bodoh ni? melayu pun sama sama naik. bodoh lah ada manusia macam ni. dah kahwin pun perangai tak reti malu. lepastu bila PMX invited coldplay semua memekak, yang ni tak apa pulak? bodoh jijik pic.twitter.com/EvES1uV3ln
— farah (@doyoufckingcare) May 29, 2023
Star Vendors Sdn Bhd tampil mohon maaf video gelek atas pentas
Ekoran dari penularan video tersebut, pihak Star Vendors Event Sdn Bhd telah tampil memohon maaf kepada orang ramai secara terbuka.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut yang juga penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah menyatakan perkara yang berlaku itu adalah tidak disengajakan selain memaklumkan ia di luar kawalan pihak penganjur.
“Segala gerak tari oleh pelaku di atas pentas adalah di luar kawalan kami. Untuk pengetahuan semua, mereka tiada kaitan mahupun mewakili syarikat kami.
“Kami memohon maaf kepada kerajaan negeri Melaka dan rakyat Malaysia atas kekhilafan yang berlaku.
“Pihak kami akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan tersebut, selain memastikan perkara seumpama itu tidak berulang lagi.
“Star Vendors Event juga sangat berterima kasih atas teguran yang diberikan kepada kami,” jelasnya dipetik Kosmo.
Kenyataan sama turut dikongsikan oleh Star Vendors di Instagram rasminya.
Dihubungi JAIM kerana aduan orang awam
Kata Ifa Raziah lagi, pihaknya turut menerima panggilan daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berikutan aduan daripada orang awam.
“Kami sudah menjelaskan kepada JAIM, bagaimana insiden berkenaan itu boleh terjadi.
“Perkara itu tidak disengajakan dan berlaku tanpa pengetahuan penganjur. Segala gerak tari pelaku di atas pentas juga adalah di luar kawalan kami.
“Individu terbabit juga tiada kaitan dengan kami mahu pun mewakili syarikat kami,” ujar penyanyi itu.