fbpx
Now Reading
“Alhamdulillah Untuk Peluang”- Aaron Aziz & Iedil Dzuhrie Kongsi Pentas Bersama Chris Hemsworth [Video]

“Alhamdulillah Untuk Peluang”- Aaron Aziz & Iedil Dzuhrie Kongsi Pentas Bersama Chris Hemsworth [Video]

Aaron Aziz dalam hantaran tersebut turut berkongsi aksi di dalam filem Extraction 2 itu lebih menarik berbanding Fast X.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pelakon terkenal, Aaron Aziz telah berkongsi satu hantaran video memaparkan dirinya sedang berkongsi pentas bersama pelakon Hollywood popular iaitu Chris Hemsworth di Manila, Filipina.

Menerusi hantaran video tersebut kelihatan Aaron Aziz bersama aktor, Iedil Dzuhrie Alaudin  naik ke atas pentas lalu bersalaman dengan Chris Hemsworth dan Sam Hargrave ketika berada di majlis pelancaran filem Netflix Extraction 2.

Majlis pelancaran filem yang diadakan di Filipina itu turut dihadiri oleh selebriti, para media, influencer, dan para peminat yang hadir untuk memberi sokongan.

Syukur diberikan peluang kongsi pentas bersama Chris dan Sam

Aaron Aziz turut mengucapkan syukur atas peluang yang diberikan ketika berkunjung ke negara tersebut.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan aksi di dalam filem tersebut lebih gempak, 100 kali lebih baik berbanding filem aksi Fast X dan menyarankan orang ramai untuk menontonnya.

Walau bagaimanapun, kehadiran pelakon terkenal negara itu ke acara tersebut dipercayai hanyalah sebagai undangan mewakili Malaysia.

Chris turut luah rasa gembira dan teruja

Memetik laporan When In Manila, Chris turut berkongsi kegembiraannya ketika berada di sana dan mengucapkan terima kasih atas sambutan yang diberikan.

“Saya rasa teruja untuk berada di sini. Terima kasih meraikan kehadiran saya,” kata Chris.

Dia turut berkata filem aksi Extraction 2 adalah salah satu perkara yang di luar jangkaan mereka apabila melakukan aksi seperti mendarat helikopter ketika kereta api sedang bergerak.

Bangga untuk mempersembahkan karya keduanya selepas Extraction

Pengarah Extraction, Sam Hargrave dalam masa sama tidak melepaskan peluang apabila meluahkan betapa bangga dirinya untuk berkongsi filemnya itu./

“Kami lihat sesama sendiri dan menyokong antara satu sama lain untukmelakukan sesuatu yang akan membuatkan kami bangga pada 10 tahun akan datang bermula dari sekarang dan cuba menjadikannya sesuatu yang diingati peminat,” kata Sam.

Bagi Tayangan Perdana APAC bagi filem dan acara peminat, seramai 800 peminat telah dijemput untuk melihat bintang kegemaran mereka ketika berjalan di karpet merah.

Turut berkesempatan luang masa bersama peminat

Kedua-dua bintang itu turut berkesempatan untuk meluangkan masa bersama peminat dan menandatangani poster serta bergambar.

Chris turut menyatakan mereka tidak akan berada di situ tanpa sokongan yang diberikan daripada para peminat.

Filem Extraction 2 merupakan filem aksi yang yang diarahkan oleh Sam Hargrave yang menjadi sohor di Netflix ketika ia ditayangkan pada pandemik yang lalu.

Selain Chris Hemsworth filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Golshifteh Farahani, Adam Bessa, Olga Kurylenko serta ramai lagi.

Filem ini menceritakan tentang Tyler Rake yang diarahkan untuk menyelamatkan keluarga samseng yang kejam dari penjara tempat mereka ditahan dan ia bakal ditayangkan pada Jun ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.