Kecewa Tidak Dapat Bergambar, Peminat Dakwa Amir Ahnaf Kerek & Sombong
Kenyataan wanita itu bagaimanapun kurang disenangi netizen kerana berpendapat sebagai peminat Amir Ahnaf dia perlu menghormati dan tidak berlebihan dengan suatu perkara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama pelakon lelaki, Amir Ahnaf kini sedang melonjak naik sejak membintangi siri drama Projek: High Council yang mencetuskan fenomena.
Malah tidak dinafikan bukan setakat lakonan yang bagus, tetapi pelakon ini juga turut memiliki raut wajah yang tampan sehingga digilai ramai peminat wanita dan juga gadis-gadis.
Bukan itu sahaja di media sosial juga dapat dilihat keterujaan para peminat setiap kali bertemu dengan pelakon muda ini.
Peminat luah rasa kecewa tak dilayan Amir Ahnaf
Namun baru-baru ini, terdapat seorang peminat wanita pelakon ini telah meluahkan rasa kecewanya dan mendakwa dia dan rakan tidak dihiraukan oleh Amir Ahnaf ketika ingin bergambar bersama.
Menerusi satu ciapan yang dikongsikan oleh seorang individu di Twitter, peminat itu tidak menyangka pelakon itu mempunyai sikap yang sebegitu rupa selepas bertemu selesai acara di satu program nyanyian sebuah stesen televisyen.
“Lepas habis saya dan dua rakan kemudian menunggu Amir berdekatan pentas nyanyian untuk bergambar dengannya. Dia kemudian melihat kami menunggu dan tidak menghiraukan kami serta terus berlalu pergi ke arah lif.
“Tapi masa itu masih fikir baik yang dia tak perasan kita orang. Salah satu kawan saya yang jarang meminati selebriti memang minat dengan dia sejak siri Projek: High Council,” luahnya.
Cubaan untuk bergambar gagal, malah panggilan tak disahut
Dakwa wanita itu lagi cubaan kali keduanya untuk berjumpa dengan pelakon berkenaan bagi sesi bergambar tetap tidak berjaya apabila pelakon itu dikatakan menunggu di ruangan lobi sebelum kereta sampai untuk beredar.
“Saya cuba panggil namanya, tetapi dia buat tak tahu. Masih boleh fikir baik lagi mungkin dia tak dengar walaupun tak ada siapa dekat situ dan saya pergi bersama dua orang rakan tunggu dan berdiri di hadapan dua pegawai keselamatan peribadinya.
“Untuk pengetahuan anda ketika itu hanya ada kami bertiga di kawasan tersebut dan tiada peminat lain.”
Pegawai keselamatan beritahu Amir Ahnaf penat
Peminat itu turut menyatakan dia telah meminta izin kepada pegawai keselamatan peribadi Amir Ahnaf agar mereka boleh mengambil satu gambar sebelum dia menjawab pelakon itu memberitahu tidak boleh kerana Amir penat.
Dakwanya pelakon yang memegang watak Kahar itu turut memandang mereka dengan reaksi ‘annoyed’ dan memalingkan wajahnya selain tidak meminta maaf atau sekurang-kurangnya senyum kepada mereka selepas tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.
Insiden yang tersebut secara tidak langsung telah membuatkan peminat itu kecewa.
“Dia beruntung sebab kami tidak merakam sikap buruknya. Tak sampai setahun jagung famous, kerek, sombong macam tu. Amir patut hargai peminatnya, jika bukan kerana peminat dia bukanlah sesiapa,” tulisnya lagi.
Dia juga turut menyatakan selebriti lain yang sudah lama terkenal baik di negara mahupun antarabangsa lebih baik dan boleh melayani peminat meskipun dalam keadaan penat.
Pt 2 pic.twitter.com/ocbGSv8QEv
— harris (@hareithfadhila) June 6, 2023
Peminat perlu hormati dan fahami selebriti apabila permintaan tidak dapat ditunaikan
Walau bagaimanapun, individu yang berkongsi luahan tersebut menyatakan sebagai peminat mereka seharusnya memahami selebriti berkenaan meskipun mempunyai permintaan tersendiri.
Melihat di ruangan balas, ramai yang menyebelahi pelakon lelaki itu dan berpendapat peminat perlu menghormati mereka dan tidak berlebihan apabila meminati selebriti.