fbpx
Now Reading
Tular Lamborghini Syamsul Yusof Didakwa Berasap Di Tepi Jalan [Video]
Kenderaan Syamsul Yusof berasap

Tular Lamborghini Syamsul Yusof Didakwa Berasap Di Tepi Jalan [Video]

Menerusi video, sebelum kereta jenis Lamborghini itu berasap kelihatan orang ramai yang berada di jalan tersebut sempat bergambar dengan Syamsul Yusof.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu kenderaan berasap ketika di atas jalan raya merupakan insiden yang sering berlaku khususnya bagi kereta mewah.

Malah insiden itu berlaku berpunca daripada pelbagai faktor, jika kenderaan biasa mungkin kekurangan air di bahagian radiator, kebocoran serta banyak lagi menjadi sebab utama sebuah kenderaan itu tiba-tiba berasap ketika ia sedang digunakan.

Namun bagi kenderaan mewah pula kadangkala bahagian elektronik juga boleh menjadi sebab sesebuah kereta mengalami kerosakan hingga berasap.

Kereta Syamsul Yusof berasap

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof bersama kenderaan mewah dipercayai miliknya telah berasap di tepi jalan di Kuala Lumpur.

Menerusi video dikongsikan oleh Syaza di TikTok kelihatan kenderaan mewah milik pengarah berkenaan mengeluarkan asap yang banyak serta mungkin mengalami masalah kerosakan.

Cuba kenal pasti masalah kenderaan mewah berasap

Kelihatan kedua-dua belah pintu dibuka ketika asap memenuhi ruang kenderaan berwarna emas.

Malah Syamsul juga dilihat berjalan sekitar kereta tersebut mungkin untuk mengenal pasti masalah kenderaan tersebut.

“Lamborghini abang Sol (Syamsul Yusof) berasap ke tu,” tulis Syaza dalam video itu.

Pengguna turut kongsi detik sebelum kereta Syamsul Yusof berasap

Melihat di ruangan komen, seorang pengguna @iema7386 turut berkongsi video memaparkan keadaan sebelum kenderaan milik pengarah itu berasap di tepi jalan.

Dakwa Iema pengarah berkenaan seperti sedang memeriksa sesuatu ketika berada di dalam kereta.

“Sebelum kejadian, dah perasan Syamsul macam tengah tengok dekat dalam kereta dia mungkin masa tu ada keluar lampu amaran di bahagian panel dashboard,” katanya.

Peminat sempat bergambar dengan Syamsul

Dalam pada itu, turut kelihatan beberapa peminat yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama termasuklah rider penghantar makanan yang lalu dikawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat terperinci berhubung kejadian yang berlaku sama ada kenderaan tersebut benar-benar mengalami kerosakkan atau sebaliknya.

Melihat di ruangan komen, ada yang mendakwa bahawa pengarah terkenal itu sedang membuat rakaman filem dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

“Tak silap ni tengah shooting filem Munafik 4.. yang tu pelakon utama”

“Supercar direka untuk kelajuan, bawa perlahan mengamuk lah kereta tu”

“Sebab tu aku tak nak beli Lamborghini, aku ambil keputusan beli Bezza je”

Terdahulu, pelakon yang juga isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana pernah menyebut tentang kereta mewah tersebut dalam satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.