Ara Johari Dedah Kena Gangguan Seksual, Didatangi Lelaki Tak Dikenali Sebelum Tangan Dicium

Isu gangguan seksual bagai tiada akhirnya, sejak dari dahulu ada sahaja individu yang tidak bertanggungjawab yang akan terjebak dengan hal tersebut.

Meskipun sudah berulang kali diberitahu di media massa bahawa melakukan gangguan seksual adalah satu kesalahan dan tindakan undang-undang boleh diambil, namun individu ini masih tidak mengendahkannya.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan masyarakat khususnya kaum wanita berada dalam ketakutan dan juga trauma kerana bimbang sekiranya akan berdepan dengan individu seperti ini.

Ara dedah jadi mangsa gangguan seksual dari lelaki tak dikenali

Baru-baru ini penyanyi terkenal, Ara Johari membuat pendedahan bahawa dirinya turut menjadi salah seorang mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin (25 Jun).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ara menerusi hantaran di Instagram Story menyatakan awalnya datang seorang lelaki yang mahu bergambar ketika dia sedang bersama keluarga dan pengurus.

Tidak mahu digelar sombong Ara kemudian bergambar dengan lelaki terbabit sebelum kembali berbual bersama ibunya.

“Dah ambil gambar di macam buat hal sendiri dulu, lepas tu saya pun tak fikir apa jadi saya sambung berbual dengan ibu tetapi tak perasan dia (individu terbabit) masih berasa sekitar saya dan keluarga.

“Dia kemudian tiba-tiba datang hulur tangan nak salam dan saya pun macam kenapa dia mahu salam kerana saya tidak biasa bersalaman dengan lelaki tidak dikenali. Kalau perempuan itu biasa,” jelas Ara.

Ara kemudian bersalaman dengan individu tersebut kerana mahu dia beredar dari situ kerana keadaan sudah menjadi janggal.

Lelaki bertindak menggenggam tangan kuat, sebelum cium dua kali

Ketika bersalaman Ara menyatakan lelaki itu telah bertindak menggenggam tangannya dengan kuat sehingga membuatkan dia bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Dia kemudian meminta adiknya untuk mengambil kereta kerana mahu beredar dari lokasi tersebut serta mula berasa tidak selesa sebelum lelaki itu datang semula untuk melakukan ‘fist bum’.

“Dia terus tarik tangan saya nak salam, lepastu dia genggam kuat-kuat dan dicium tangan dua kali. Bukan cium biasa tau, memang cium bersungguh betul.

“Saya cuba tarik tangan pun tak boleh kerana dia dah pegang tangan kuat gila,” ujarnya sebelum lelaki berkenaan beredar dari situ.

Sempat menjerit dan orang awam bantu tangkap individu terbabit

Namun Ara sempat menjerit dan pengurus serta beberapa orang sempat mengejar lelaki tersebut sebelum dia tertangkap.

“Dia lari melintas jalan seberang, tapi tak sangka ada yang dengar jeritan saya.

“Orang awam yang di sebelah sana terus sambung kejar dan dapat tangkap. Nak dijadikan cerita polis pun laju datang dan tangkap dia bawa pergi balai.”

Ara turut berpesan agar wanita diluar sana untuk lebih berhati-hati khususnya jika seseorang itu dikenali kerana kita tidak akan tahu niat seseorang.

“Kalau ya pun minat dan fanatik dengan artis janganlah melampaui batas. Renung-renungkan dan selamat beramal,” ujarnya lagi.

Ara dalam hantaran itu turut berkongsi individu yang melakukan gangguan seksual terhadapnya namun mengaburi wajahnya kerana tidak mahu mengaibkan lelaki berkenaan.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

3 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

3 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

4 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

4 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

4 hours ago