Semalam ( 13 November), industri hiburan telah dikejutkan dengan berita salah seorang bekas kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad telah ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Johor Bharu.
Perkara itu dimaklumkan oleh sepupu Suhaimi yang dikenali sebagai Ayu Wahyu menerusi satu muat naik di Facebook yang meminta orang ramai untuk mendoakan penyanyi berkenaan.
Penyanyi itu difahamkan turut mengalami muntah-muntah setiap kali makan serta berat badan semakin berkurangan.
Menurut rakannya yang juga ketua kumpulan In-Team iaitu Syah atau nama penuhnya, Mohd Syahril Abdul Khalid keadaan kesihatan penyanyi itu telah merosot sejak beberapa bulan yang lalu.
Terbaharu, media melaporkan penyanyi yang telah menerima rawatan selama lima hari di hospital berkenaan dipercayai menghidap jangkitan kuman pada paru-paru atau turut dikenali sebagai pneumonia.
Isteri kepada penyanyi terbabit iaitu Nordiana Mohd Naim atau lebih mesra dipanggil Ina Naim turut memaklumkan Suhaimi masih lagi ditidurkan.
Ujarnya suaminya itu bebas dari penyakit tibi atau tuberculosis.
“Setakat ini doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru dan bebas tuberculosis (tibi) selepas melakukan hasil ujian pertama.
“Namun, untuk mengesahkan lagi hal itu, doktor akan lakukan ujian kedua dan kami menunggu keputusannya,” ujarnya dipetik Kosmo.
Ina dalam pada itu, yakin bahawa Suhaimi akan sembuh dan turut meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatannya.
“Suami masih ditidurkan dalam keadaannya kritikal tetapi semalam oksigen berada pada tahap normal, cuma jantungnya masih lagi laju sekitar 130.
“Saya yakin suami akan sembuh. Saya juga mohon doa orang ramai dapat bersama mendoakan Suhaimi,” katanya lagi.
Menurut Ina, berat badan suaminya itu turun secara drastik iaitu sebanyak 20 kilogram (Kg) sejak sebulan yang lepas.
Malah dia turut menyifatkan suaminya sebelum ini mengalami batuk dan ia menjadi semakin teruk sehingga sesak nafas.
“Selepas batuk semakin pulih, dia cirit-birit pula sehingga tak sanggup nak makan dan sebab itulah berat badannya tinggal 43 kg.
“Kami sudah melakukan ikhtiar sehingga dia sendiri minta dihantar ke hosiptal yang dianggap sebagai usaha terakhir.”
Turut difahamkan penyanyi yang berusia 43 tahun itu sudah berpindah ke Kelantan dan menghidap penyakit kronik. Walau bagaimanapun, pemilik akaun yang memaklumkan tidak memberitahu mengenai perkara itu.
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…
Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…
Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…