Lantang Bersuara Isu Palestin, Akaun TikTok Uyaina Arshad Kena Sekat Secara Kekal
Menurut pengacara yang memiliki nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia meluahkan rasa kecewa apabila akaun Tik Tok yang telah mempunyai lebih 600 ribu pengikut itu telah tiada.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Konflik di antara Palestin dan Israel nyata membuka mata masyarakat dunia luar. Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh kebanyakan individu dari pelbagai latar belakang bagi menentang dan mengutuk kekejaman Rejim Zionis bagi menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh mereka.
Antara yang paling ketara adalah melalui kempen boikot dan kesedaran di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.
Namun, entah di mana silapnya, individu yang lantang bersuara mengenai isu ini dilihat akan menerima kesan antaranya seperti hantaran dipadam dan akaun disekat terutama di TikTok.
Lantang Bersuara Mengenai Isu Palestin, Akaun Uyaina Arshad Disekat
Hanya kerana lantang bersuara mengenai kekejaman Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, akaun Tik Tok milik pengacara terkenal Uyaina Arshad disekat secara kekal (permanently banned).
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Uyaina di akaun rasmi Twitter (X) miliknya semalam (19 November).
Menurut pengacara yang memiliki nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia meluahkan rasa kecewa apabila akaun Tik Tok miliknya yang telah mempunyai lebih 600 ribu pengikut itu telah tiada.
“Akaun TikTok saya sudah dipadamkan secara kekal. Confirm. Ok kita buat akaun baru,” ciapnya.
My Tiktok account has been permanently banned 💔 pic.twitter.com/e5rQ2LqJWw
— 🇲🇾 UA (@UyainaArshad) November 19, 2023
Akaun Disekat Selepas Buat Hantaran Mengenai ‘Sepucuk Surat Untuk Amerika’
Tambah Uyaina, dia menyedari akaun TikTok miliknya disekat selepas membuat hantaran mengenai ‘Sepucuk Surat Untuk Amerika’ di platform yang sama.
“Kisah sedih pagi ini. Semalam saya muat naik hantaran ‘Sepucuk Surat Untuk Amerika’ di Tiktok. Pagi ini, akaun saya terus kena permanently banned,” tulisnya menerusi kapsyen video di akaun Tik Tok terbaharunya.
Malah, sebelum hantaran tersebut, terdapat tiga hantaran berkaitan Palestin yang turut diberi amaran dan dibuang oleh pengendali platform berkenaan.
“Sebelum tu, tiga video saya yang membongkar tentang penindasan di Palestin kena buang, kena beri amaran.
“Maknanya apa? Maknanya apa kita sedang buat ni menakutkan mereka. They want to conceal the truth but the truth will always prevail.
“Mungkin mereka takut orang semakin cakna tentang pembohongan Amerika Syarikat dan Israel sebab mereka sememangnya dah kalah dalam perang di media sosial,” tulisnya lagi.
Tidak Patah Semangat, Uyaina Buat Akaun Baharu TikTok
Walaupun kecewa dengan kehilangan akaun tersebut, namun ia langsung tidak mematahkan semangat Uyaina yang juga merupakan seorang pelakon itu.
Malah, menerusi ciapan yang dikongsikan, dia turut meminta individu untuk menjadi pengikut di akaun terbaharunya dengan nama @uyaina.arshad.
Hasil semakan kami mendapati, jumlah pengikut terbaharu Uyaina kini mencecah 21 ribu pengikut.
Untuk info, selain Uyaina, antara artis yang turut mengalami nasib yang sama adalah Nadiyah Shahab ekoran dia juga lantang bersuara mengenai isu Palestin.
Baca Artikel Berkaitan: “What A Waste Of Platform” – TikTok Nadiyah Shahab Kena Ban Akibat Bersuara Tentang Isu Palestin
Baca Artikel Berkaitan: TikTok Nafi Terdapat Sekatan Terhadap Kandungan Pro Palestin Di Negara Ini