Lagu Assalamualaikum Versi ‘Remake’ Gabungkan Artis Tempatan Demi Solidariti Terhadap Palestin

Lagu Assalamualaikum nyanyian penyanyi, Faizal Tahir cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja memiliki melodi dan arrangement yang hebat, malah liriknya juga cukup mendalam dalam menyampaikan misi kemanusiaan.

Dicipta oleh Faizal bersama barisan komposer hebat iaitu Audi Mok, Omar K, Mike Chan dan Ezra, ia merupakan sebuah lagu campuran bahasa Melayu dan Inggeris yang membawa tema anti-perang.

Terbaharu prihatin dengan situasi yang sedang menimpa rakyat Palestin, label hiburan tanah air paling berpengaruh masa kini, Rocketfuel Entertainment (RFE) bersama-sama Astro telah menghasilkan semula (remake) lagu Assalamualaikum.

Apa yang lebih istimewa, projek khas ini turut menampilkan sejumlah peserta All Stars Gegar Vaganza seperti Naqiu, Tomok, Aliff Aziz, Azharina, Liza Hanim, Hady Mirza, Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Nikki Palikat.

Bukan sekadar mereka, artis naungan Rocketfuel Entertainment sendiri seperti Hael Husaini, Zizan Razak, Elly Mazlein, Ara Johari, Wani Kayrie, turut terlibat selain penampilan istimewa oleh Datuk Hattan, Mawi dan juga Zizi Kirana.

Menurut Ketua Muzik & Kandungan Rocketfuel Entertainment, Syakireen Othman RFE bersama-sama selebriti tempatan terpanggil untuk bersolidariti melalui nyanyian bersama oleh artis-artisnya sebagai tanda sokongan terhadap bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Palestin.

“Dengan mengambil pendekatan berhibur sambil menderma, segala kutipan hasil sumbangan menerusi tontonan di YouTube dan juga penstriman lagu atas talian akan disalurkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah naungan Kementerian Luar Negeri.”

Dalam nada penuh harapan, Ara Johari berkata, “Ini bukanlah hanya hiburan semata-mata, ianya merupakan salah satu usaha kita untuk membantu saudara kita yang berada di Palestin yang sangat memerlukan bantuan dan perhatian, dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, jangan lupa untuk terus memperkatakan tentang konflik yang sedang berlaku di Gaza.”

“Muzik adalah medium universal dan salah satu elemen penting dalam menyampaikan mesej, dan secara langsung menunjukkan tanda solidariti dan keprihatinan kita,” tambah Ara. S

Selain lagu, Rocketfuel Entertainment juga turut menghasilkan sebuah video muzik (MV) eksklusif yang menampilkan artis-artis di bawah naungan label tersebut seperti Dinda Dania, Timah, Idris Brown, Syazwan Suhaimi dan Agy, serta penampilan daripada personaliti dan selebriti terkenal tempatan antaranya Fazziq Muqris (ERA), Faizal Bin Ismail FBI (ZAYAN),  Rea (GEGAR), Fariha Razak (Arena), Azlan Mubin (Arena), Burn (Arena), Zainal Abidin Rawop (Arena), Hafizal Hamad, Abang Botak, Safee Sali, Dato’ Zainal Abidin Hassan, Razman Roslan, Dr. Soo Wincci serta Daniel Fong.

Untuk info, MV ASSALAMUALAIKUM sudah mula ditayangkan secara rasminya pada tarikh 3 Disember 2023, jam 9:00 malam, eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Tonton video di bawah atau tekan link di sini.

Recent Posts

  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

3 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

1 hour ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

1 hour ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

4 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

5 hours ago