Comel! Alpaka Jalan-Jalan Di IOI City Mall, Peminat Kata Nampak Macam Seok-jin BTS [Video]

Bagi pencinta haiwan, peluang berjumpa dengan binatang yang jarang ditemui pasti membangkitkan rasa gembira.

Dengan kewujudan zoo, orang ramai boleh melihat pelbagai jenis haiwan yang sebelum ini hanya boleh dilihat dari kaca televisyen. Apatah lagi kalau ‘petting zoo’, boleh sentuh dan bermain dengan haiwan tersebut!

Semalam (7 Februari), tular satu video di TikTok menunjukkan dua ekor alpaka berbulu putih dan perang dibawa berjalan di pusat membeli belah IOI City Mall.

“Alpaka Macam Nak Window Shopping” – Netizen

Kedua-dua alpaka berkenaan merupakan haiwan peliharaan milik Alpaca Joy Malaysia dan bukan pertama kali dibawa berjalan berjumpa orang ramai. Berdasarkan semakan di akaun Instagram syarikat itu, kedua-dua alpaka tersebut diberi nama Pearlie dan Brownie.

Video tersebut telah meraih lebih 38,000 tanda suka dan lebih 500 komen daripada orang ramai. Rata-rata netizen memuji kecomelan kedua-dua ekor alpaka itu yang siap dipakaikan cekak dengan satu bunga di atasnya.

Ada juga individu yang menyamakan kedua-dua ekor haiwan dengan bulu yang gebu itu seperti patung mainan yang bergerak sendiri menggunakan kuasa bateri.

Malah, seorang pengguna TikTok berkata alpaka berkenaan kelihatan seolah-olah hendak ‘window shopping’ di pusat membeli belah itu.

Netizen Samakan Alpaka Dengan Seok-jin

Yang lebih melucukan adalah apabila ada peminat menyamakan rupa haiwan berkenaan dengan penyanyi popular dari Korea Selatan, Kim Seok-jin dari kumpulan BTS.

Gambar membandingkan alpaka dengan Seok-jin. Memang ada iras-iras! (Sumber: @Mybelovedjinnie/ X)

“Kalau tengok binatang ni, mesti nampak Seok-jin kat situ,” kata seorang pengguna TikTok. Perkara itu turut diakui oleh beberapa lagi peminat penyanyi kumpulan BTS itu.

“Abang Jin cuti ke tu jalan-jalan ke mall?” kata pengguna Tiktok Kakak Roti.

Sebagai info, Seok-jin ketika ini sedang berkhidmat sebagai pembantu jurulatih bersama Tentera Korea Selatan di Yeoncheon, Gyeonggi. Dia dijangka menamatkan perkhidmatan wajib itu pada 12 Jun 2024.

Jangan risau jika anda tidak berkesempatan berjumpa mereka di IOI City Mall tempoh hari! Beberapa tempat turut menempatkan alpaka yang boleh diberi makan dan bergambar bersama.

Antaranya adalah ‘petting zoo’ Farm in the City dan kafe pertama mesra alpaka Furrito_haus, kedua-duanya terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

20 mins ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

31 mins ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

3 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

3 days ago