Tular Video Dakwa Bella Astillah Jalin Hubungan Dengan Pelakon Baru [Video]

Sebelum ini, industri hiburan telah dikejutkan dengan konflik yang melanda rumah tangga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama suaminya, Aliff Aziz.

Perkara itu mula menjadi bualan ramai selepas Aliff yang juga penyanyi serta pelakon ditangkap khalwat pada bulan Mac lalu bersama seorang aktres terkenal.

Malah Bella pada bulan lalu turut memfailkan penceraian terhadap suaminya dan kes masih lagi berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Baca artikel berkaitan:Sudah Banyak Peluang Diberikan”- Bella Astillah Nekad Mahu Bercerai Dengan Aliff Aziz

Bella Astillah didakwa ada hubungan dengan pelakon lelaki baharu

Terbaharu, nama Bella Astillah sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial apabila terdapat dakwaan mengatakan aktres itu mempunyai hubungan mesra dengan seorang pelakon baharu, Muaz Zabir.

Perkara itu menjadi tular selepas satu akaun di TikTok @edisiumat telah berkongsi beberapa foto serta tangkap layar perbualan isteri Aliff Aziz itu bersama pelakon baharu berkenaan.

Tular tangkap layar perbualan dan foto mesra

Menerusi tangkap layar perbualan tersebut kelihatan mereka saling membalas mesej dengan panggilan manja antara satu sama lain.

Bukan hanya itu, akaun tersebut turut menunjukkan terdapat satu foto mesra memaparkan dua selebriti berkenaan yang dipercayai ditangkap pada Oktober tahun lalu.

Ada yang berpendapat gambar disunting

Melihat di ruangan komen, ramai yang berpendapat gambar aktres berkenaan di dalam perbualan tersebut seperti telah disunting.

Tidak kurang juga ada yang menyokong tindakan tersebut ekoran dia sebelum ini telah beberapa kali dikhianati.

@edisiumat

Sekarang baru faham kenapa. Ni baru tunjuk sikit……. Visit bio #bella #playvictim? #alifaziz #alifazizbella #curang #skandal #fyp #trend

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

“Yang peliknya siapa yang dedahkan perbualan tu?”

“Kenapa aku nampak gambar Bella dalam chat tu edit sangat?”

Recent Posts

  • Trending

Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…

7 hours ago
  • Trending

1 Maut & 30 Cedera, Penerbangan Singapore Airlines Alami Gelora Udara

Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

12 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

12 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

12 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

13 hours ago