“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain dalam menyelesaikan kemelut tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa minggu yang lalu, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita mengenai hubungan antara penyanyi yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz bersama pelakon wanita tempatan, Ruhainies.
Malah, gosip kedua-dua individu tersebut menjadi semakin hangat apabila satu pendedahan tangkap layar perbualan mereka dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine melalui akaun Instagram rasmi miliknya.
Pendedahan itu nyata menghangatkan industri hiburan apatah lagi terdapat beberapa nama rakan selebriti turut dipetik dalam perbualan itu.
Walau bagaimanapun, Aliff dilihat mendiamkan diri tanpa mengulas isu berkenaan.
Akui Tidak Tahu Sebab Ulangi Kesalahan Yang Sama
Namun, baru-baru ini, juara Gegar Vaganza Musim Kelapan itu menerusi podcast TheCommonFolks SG dilihat secara terbuka menjawab persoalan mengenai kontroversi yang sedang melanda dirinya.
Menurut Aliff, dia sendiri sering tertanya-tanya kepada dirinya mengapa kerap melakukan kesalahan yang sama (curang).
Malah, menerusi podcast tersebut, dia enggan mengulas pendedahan yang dibuat oleh isterinya, Bella Astilah termasuk dakwaan telah curang bersama 11 orang wanita.
“Sejujurnya saya tak mengikut jumlah pendedahan (curang) tersebut, saya juga memilih untuk tidak jelaskan semua dakwaan dan aib yang didedahkan.
“Dia (Bella) boleh bercakap apa yang dia mahukan. Saya juga tak akan membangkang sebab saya tahu diri saya.
“Saya juga banyak kali tanya diri sendiri kenapa saya kerap lakukan perkara sama (curang) tetapi saya tak dapat jawapan itu,” katanya menerusi podcast tersebut.
Akui Diri Lemah & Terbuka Terima Bantuan
Tambah Aliff lagi, dia mengakui dirinya lemah khususnya dalam menghargai dan memahami Bella.
“Saya bercakap dengan diri sendiri bahawa Tuhan sudah beri macam-macam benda seperti menang Gegar Vaganza musim kelapan, ada keluarga, macam-macam saya miliki tapi kenapa lakukan kesalahan sama.
“Kemudian, saya buat kesimpulan bahawa saya ada masalah untuk dengar tangisan isteri saya. Tidak mampu sedar dan gagal mencari sebab mengapa isteri saya menangis,” ujarnya.
Malah, menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui dirinya perlukan bantuan daripada pihak lain dalam menyelesaikan kemelut tersebut.
“Pada ketika ini ya, saya rasa perlukan bantuan.
“Saya perlukan bantuan daripada mereka yang pakar mungkin bukan sebab mental tidak stabil tetapi untuk beritahu apa yang perlu saya lakukan,” jelasnya lagi.
Untuk info, selain Ruhainies, Aliff juga pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tempatan yang lain antaranya seperti Sophia Albarakbah, Afifah Nasir dan Oktovia Manrose.
Malah pada tahun 2019, seorang pelakon baharu Christine Joanne mendedahkan pernah rapat dengan Aliff namun hubungan mereka terhenti selepas aktor itu kembali kepada Bella.
Baca Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Enggan Cerai Bella Astillah, Akui Masih Sayang
Baca Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Kantoi Lagi? Pelakon Baru Dedah Perangai Aliff Selepas Berpisah Dengan Bella
Baca Artikel Berkaitan: “Sudah Banyak Peluang Diberikan”- Bella Astillah Nekad Mahu Bercerai Dengan Aliff Aziz
Baca Artikel Berkaitan: Berang Nama Dipetik Dalam Isu Aliff Aziz & Ruhainies, Chacha Maembong Tampil Beri Penjelasan [Video]