“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Umum mengetahui, industri tanah air sebelum ini hangat dengan konflik rumah tangga yang melanda penyanyi dan pelakon Bella Astillah selepas dia memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Aliff Aziz.

Bella memfailkan permohonan tersebut selepas Aliff yang juga penyanyi ditangkap khalwat bersama Ruhainies sekitar Mac yang lalu.

Malah keadaaan menjadi lebih panas selepas timbul siri pendedahan oleh seorang wanita yang didakwa bekas kekasih Aliff.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai yang kasihan dengan Bella Astillah dan berharap agar aktres ini dapat mencari kebahagiaannya sendiri.

Video mesra Bella bersama Daniesh Suffian tarik perhatian netizen

Terbaharu, Bella sekali lagi menjadi perhatian selepas tular video mesranya bersama penyanyi, Danish Shuffian.

Menerusi video tersebut kelihatan Bella dan Daniesh begitu secocok serta terpapar wajah kegembiraan aktres tersebut.

Malah muzik latar yang menggunakan lagu terbaharu Daniesh bertajuk ‘Jiwa’ sesuai dengan momen manis ketika mereka melakukan aktiviti bersama-sama.

Netizen ‘green light’ Bella dan Daniesh kerana dilihat sepadan

Penampilan dua selebriti itu di dalam video tersebut secara tidak langsung telah membuatkan ramai netizen beri ‘green light’ dan merestui sekiranya mereka bersama suatu hari nanti.

Bukan hanya itu, ada juga yang menyatakan mereka dilihat sepadan dan tampak bahagia memandangkan kedua mereka berasal dari Sabah.

Selain itu ada juga yang mencadangkan agar video tersebut dijadikan sebagai muzik video rasmi untuk lagu Jiwa.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan lirik dalam lagu terbaharu Daniesh itu mempunyai maksud yang sangat mendalam.

“Kalau jodoh, tolong jaga Bella dan anak-anak dia dengan baik. Berikan senyuman dan kebahagian untuk dia”

“Kalau dengan Danish, saya ‘approved'”

“Bella nampak bahagia, ceria”

Pernah buat cover lagu bersama

Menerusi semakan kami di Instagram Daniesh, sebelum ini penyanyi itu pernah membuat cover duet menyanyikan lagu Korea Eyes, Nose, Lips bersama Bella.

Video itu turut mendapat perhatian di mana ramai pengikutnya menyukai cara lagu itu disampaikan oleh mereka.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago