
“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian
Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu (BBNU) untuk menyerlah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa tidak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Boleh dikatakan hampir setiap tahun, ada sahaja isu panas yang membabitkan dirinya.
Antara kontroversi hangat adalah isu klip video ‘love raya’ yang memaparkan beberapa individu berpakaian tidak sopan dan berkelakuan tidak senonoh.
Video tersebut nyata mendapat perhatian ramai hingga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk jalankan siasatan dan diambil tindakan bersesuaian.
Susulan daripada itu, pihak MCMC telah menyita kad sim dan telefon bimbit miliknya yang digunakan bagi memuat naik video tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Video ‘Love Raya’: SKMM Ambil Keterangan Aliff Syukri, Telefon Bimbit & Kad Sim Disita
Umum Mahu Undur Diri Dari Dunia Nyanyian
Terbaharu, Aliff mengumumkan bakal mengundurkan diri dari dunia nyanyian. Dia yang juga merupakan anak kepada pengasas Sendayu Tinggi, Bonda Rozita memaklumkan faktor usia yang semakin meningkat serta kontroversi melanda yang membabitkan undang-undang melibatkan lagu rayanya menjadi faktor penarikan dirinya itu.
“Tahun ini adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini adalah tahun paling ‘suwey’ (malang).
“Setiap gerak geri saya dikritik, bahkan, kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan. Sedikit sebanyak, ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Malah, dia mengakui emosinya terganggu ekoran kontroversi dan masalah yang melanda walaupun dia sedaya upaya cuba menutup isu terbabit.
“Anda tahu mengenai kes saman saya? Ia tak mudah. Saya cuba tutup masalah saya, tapi, dalam keadaan ekonomi sekarang, sedikit sebanyak ia mencabar dan emosi saya tercalar,” jelasnya.
Mahu Beri Peluang Kepada BBNU Untuk Menyerlah
Tambah Aliff lagi, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu (BBNU) untuk menyerlah.
“Tapi, janganlah kerana tak ada lagu, anda lupakan saya. Berilah BBNU baru untuk naik pula.
“Saya sampai bergaduh suami isteri dan bukan gimik. Jujurnya, saya dah putus asa. Mungkin saya dibenci sebagai penyanyi,” katanya lagi.
Persoal Tindakan Netizen Yang Lebih Fokus Kepada Kandungan
Pada masa yang sama, Aliff turut mempersoal sikap netizen yang lebih memfokuskan kepada kandungan (content) yang dicipta berbanding objektif utama.
Jelas Aliff lagi, keadaan itu menyebabkan dia secara tidak langsung terpaksa menghasilkan kandungan yang mencuri perhatian hingga mengundang kritikan dan kecaman netizen.
“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada ‘monyet’, tak ada ‘kera’ macam kami ini, tak ceria Malaysia,” ujarnya lagi.
Malah, dia juga mendakwa masyarakat lebih suka kandungan yang bersifat mengaibkan seperti saman dan sebagainya.
Terdahulu, pada awal April yang lalu, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan terkenal itu di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya Selangor.
Ia berikutan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung kandungan video didakwa MV sempena hari raya.
Baca Artikel Berkaitan: “Kata Takda Lagu Tahun Ni” – Rakaman MV Raya Aliff Syukri Dalam Jakuzi Raih Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tiada Lagu Raya, Saja Sakat Korang, April Fool!” – Aliff Syukri [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kontroversi Klip ‘Love Raya’ Aliff Syukri, Fahmi Fadzil Minta MCMC Untuk Ambil Tindakan