Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin
Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari yang lalu, hangat di media sosial di seluruh dunia mengenai gerakan kempen ‘Blockout2024’.
Ia merupakan satu kempen sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin dengan cara memboikot artis atau pempengaruh yang tidak menunjukkan sokongan.
Kebanyakan individu di luar negara khususnya Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan kempen ini dan Malaysia juga tidak ketinggalan melaksanakannya.
Beberapa artis ternama dan influencer tempatan yang didakwa tidak menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin dan dipercayai bekerjasama dengan jenama pro-Israel telah tersenarai dalam kempen tersebut.
Melalui senarai itu, apa yang mengejutkan adalah ada artis yang sebelum ini berani menunjukkan sokongan terhadap Palestin turut tersenarai antaranya seperti Nadhir Nasar, Neelofa, Mira Filzah dan Daiyan Trisha.
Daiyan Mohon Maaf, Tunjuk Bukti Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin
Terpanggil untuk mempertahankan diri, penyanyi dan pelakon terkenal Daiyan Trisha telah membuat satu kenyataan berhubung perkara ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial rasminya, Daiyan memohon maaf dan menjelaskan dia tidak pernah melupakan saudara di Palestin.
Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat di negara itu.
“Allah tahu. Setiap orang ada cara masing-masing. Setiap orang ada ujian masing-masing.
“Niat kita, Allah saja yang tahu. Redha Allah, Dia saja yang tahu.
“Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin. Saya minta maaf jika cara saya tidak bertepatan dengan cara yang anda mahukan.
Daiyan turut menunjukkan bukti resit sumbangan bernilai RM100,000 kepada empat pertubuhan berbeza sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.
Allah tahu ❤️🙏🏻#FreePalestine 🇵🇸 pic.twitter.com/MG2vqkCKlP
— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) May 13, 2024
Konsisten Buat Hantaran Tentang Palestin
Malah, penulis buku Tulisan itu turut menunjukkan satu ‘highlight’ khas yang diwujudkan di akaun Instagram miliknya sebagai tanda sokongan.
Tegas Daiyan, perkongsian mengenai Palestin khususnya resit sumbangan itu bukanlah satu tindakan yang dibuat selepas isu Blockout berlaku.
“Satu lagi, saya tak pernah berhenti kongsi tentang Palestin. Saya konsisten buat hantaran mengenainya pada setiap bulan di IG Story. Boleh semak IG saya, highlight untuk tarikh dan retweet terakhir saya di twitter adalah tiga hari lepas, sebelum isu Blockout.
“Ini bukan ‘tiba-tiba nak post’,” tulis Daiyan.
Menganggap dirinya lalai, pelakon drama Projek: High Council itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat peminat yang mengingatkan dirinya.
— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) May 13, 2024
Terdahulu, Daiyan sebelum ini mendapat pujian ramai apabila menyuarakan sokongan terhadap Palestin walaupun menjadi duta kepada beberapa jenama antarabangsa.
Selain Daiyan, beberapa artis ternama turut tersenarai dalam seruan boikot tersebut antaranya seperti Siti Saleha, Nabila Razali, Ameera Khan dan Datuk Michelle Yeoh.
Baca Artikel Berkaitan: Tersenarai Dalam ‘Blockout’, Nadhir Nasar Mohon Maaf & Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]