fbpx
Now Reading
Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Januari lalu pelakon, Nur Fathia Abdul Latiff ada memaklumkan kepada media berhubung status kesihatan mentalnya yang mana dia hanya mengalami stress dan bukannya depresi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Fathia selepas ramai yang bimbang akan kesihatannya selepas memuat naik beberapa perkara yang menimbulkan kontroversi di media sosial.

Memetik Kosmo, aktres itu memaklumkan dia juga ada berjumpa dengan psikiatri dan sering kali kemas kini kesihatan mentalnya.

Fatiya hidap sakit Skizofrenia

Terbaharu, Fatiya latiff menerusi akaun Instagram rasminya tampil mendedahkan yang dia menghidap Skizofrenia.

Pelakon wanita drama Ariana Rose itu memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran berupa ucapan sempena Hari Jadi ibu tersayang.

Mohon maaf secara terbuka pada ibu tersayang

Malah Fatiya turut memohon maaf kepada ibu kerana membebankannya atas sakit yang dihidapi.

Menerusi gambar yang di muat naik kelihatan riak wajah gembira dua beranak itu sambil berpelukan antara satu sama lain.

“Gambar (bersama ibu) ini ketika saya berusia 23 tahun, semuanya berjalan baik untuk saya. Selamat Hari Jadi kepada ibu yang saya sentiasa ingin berterima kasih kerana mengambil berat dan sentiasa melindungi saya,” ujarnya.

Tidak berniat untuk menyusahkan ibu

Pelakon itu menyifatkan ibunya seorang yang tegas dalam mendidik, selain sering membuat dia sentiasa teruja untuk melukis dan bermain.

“Dia (ibu) telah membesarkan saya dengan baik. Namun maafkan saya kerana membebankan awak (ibu) dengan penyakit skizofernia ini.

“Ia bukan niat saya untuk menyusahkan awak.”

Aktres itu dalam masa sama turut berjanji akan menjaga dirinya dengan baik agar mereka dapat menghabiskan masa bersama seperti selalu dan meminta wanita itu untuk bertahan.

Apa itu Skizofrenia

Untuk maklumat skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

Memetik laporan Hello Doktor, individu yang mengalami masalah ini mempunyai cara pemikiran yang berselerak dan jauh dari realiti.

Malah kelajuan mereka berfikir turut memberi kesan kepada percakapan jadi laju, pelahan atau tergagap. Bukan hanya itu mereka juga tidak berupaya untuk berfikir, mengingat serta memahami sesuatu masalah.

Selain itu mereka juga mempunyai tingkah laku yang ganjil ekoran mendengar bisikan serta mengimaginasi perkara yang tidak betul, curiga secara berlebihan atau paranoid serta cepat marah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.