fbpx

“Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan” – Pesanan Bella Astillah Untuk Kekasih Adik Buat Ramai Sebak [Video]

Bella yang menggelarkan dirinya sebagai ‘kak long’ juga dilihat sebak sewaktu memberi ucapan kepada kekasih adiknya yang dikenali sebagai Diniey.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan suami isteri di dunia ini mahu rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat. Namun sebagai manusia, siapalah kita hendak menidakkan takdir.

Ada sesetengah pasangan diberi ujian rumah tangga seperti masalah kewangan dan pasangan curang hingga menyebabkan mahligai yang dibina kini berada di ambang perpisahan.

Bagi segelintir individu, kegagalan rumah tangga sememangnya memberi pengajaran dan pengalaman yang bermakna hingga mereka memanfaatkan pengalaman pahit tersebut dengan memberi peringatan kepada orang lain.

Nasihat Bella Astillah Buat Kekasih Adik Jadi Perhatian

Mengambil iktibar daripada apa yang dialami olehnya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menitipkan pesanan buat kekasih adiknya, Didi Astillah dalam sambutan hari jadi lelaki itu.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @ngdiniey, nasihat yang diberikan oleh Bella itu nyata menyentuh hati ramai pihak.

Malah, Bella yang menggelarkan dirinya sebagai ‘kak long’ juga dilihat sebak sewaktu memberi ucapan kepada kekasih adiknya yang dikenali sebagai Diniey.

“Selamat Hari Jadi Diniey. Kak long happy sebab Didi dapat lelaki yang sabar. Sebab kak long kenal macam mana adik. Dia orang yang tiada kesabaran, panas baran.

“Diniey boleh sabar cuma kak long harap jangan sebelum kahwin jelah dan jangan pernah berubah.

“Sebab cukuplah kak long je gagal dalam perkahwinan, kak long tak nak adik kak long lalui benda yang sama.

“Diniey, kak long tak pernah minta Diniey untuk jadi orang terpaling kaya, cukup setia, sayang dan hormat keluarga kak long,” ucap Bella.

Melalui video tersebut, pelakon utama drama Aku Tanpa Cintamu itu turut mendoakan kesejahteraan lelaki tersebut.

“Kak long doakan Diniey berjaya dunia akhirat dan sentiasa dipanjangkan umur, insya-Allah, happy birthday (selamat hari jadi),” ucapnya.

@ngdiniey

I feel so lucky to have you guys in my life. Terima kasih semua ❤️🥺

♬ original sound – Diniey Ng – Diniey Ng

Pesanan Buat Ramai Sedih

Ucapan Bella buat kekasih adiknya itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata sedih mendengar ucapan yang diberikan oleh wanita berkenaan kepada Diniey.

Kebanyakan mereka tersentuh dengan apa yang diucapkan oleh Bella kerana ia jelas datang daripada hati dan berdasarkan pengalaman yang dialami olehnya.

Malah, ada netizen yang turut mendoakan agar Bella tabah dan kuat serta mendoakan wanita itu mendapat kebahagiaan sebenar pada masa hadapan.

Berikut antara komen warganet:

“Kesian Bella, Sedih Je Sentiasa. Semoga Ada Kebahagiaan Lepas Ini”

“Kak Long Memang Macam Tu, Apa Yang Dah Jadi Pada Diri Seboleh-Bolehnya Tak Mahu Jadi Pada Adik-Adik”

“Saya Menangis Waktu Dengar Ucapan Bella”

“Moga Bella Temui Kebahagiaan & Berjaya Dunia Akhirat”

“Deep Ucapan Bella, Semoga Sentiasa Tabah”

Baca Artikel Berkaitan: “Sudah Banyak Peluang Diberikan”- Bella Astillah Nekad Mahu Bercerai Dengan Aliff Aziz

Baca Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Enggan Cerai Bella Astillah, Akui Masih Sayang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.