fbpx
Now Reading
Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Cerai Talak 1

Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Cerai Talak 1

Bella Astillah turut bersetuju tidak menuntut mutaah dan juga iddah dan hak penjagaan anak diserahkan kepada penyanyi berkenaan sepenuhnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 4 April lalu pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya Bella Astillah sewaktu kes permohonan cerai dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Malah Aliff sewaktu perbicaraan itu memaklumkan dia memerlukan masa untuk berfikir bagi membuat keputusan yang dianggap besar.

Aliff Aziz dan Bella Astillah bercerai talak 1

Hari ini (13 Jun), pasangan itu sudah menemui jalan noktah pada masalah pada konflik rumah tangga mereka apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekututan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Sayang Sayang’ telah melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie iaitu Wan Mohd Najib Wan Hamat sekitar jam 1.10 tengah hari tadi.

Lafaz talak itu turut disahkan mengikut hukum syarak oleh Hakim Syarie.

“Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini,” lafaz penyanyi lelaki itu.

Bella setuju tak tuntut mutaah dan nafkah iddah

Bella turut mengatakan dia bersetuju selain tidak menuntut mutaah serta nafkah iddah.

Sewaktu perbicaraan berlangsung, peguam syarie yang mewakili Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Astillah iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan perbincangan telah dilakukan oleh kedua-dua selebriti berkenaan termasuk terma yang dipersetujui.

“Dalam perjanjian itu, ada terma di mana defendan hadir melafazkan cerai dan plaintif melepaskan hak mutaah dan nafkah iddah serta kedua-dua pihak tidak akan menuntut harta sepencarian.

“Aliff lepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya. Aliff juga tidak akan menuntut nusyuz sekiranya ada dan perjanjian itu ditandatangani hari ini,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Peguam, Hadi Salleh yang mewakili Aliff kemudian mengiyakan segala terma selain turut mengakui penyanyi itu setuju untuk melafazkan cerai.

Bella minta orang ramai doakan kehidupan bersama anak-anak dipermudahkan

Dalam pada itu Bella menerusi satu hantaran di Instagram turut meminta orang ramai mendoakan agar kehidupannya bersama anak-anak dipermudahkan dan akan cuba sebaiknya menjad ibu bapa yang terbaik.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah lukanya terlalu dalam.

“Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka,” tulisnya di ruang kapsyen.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2019 dan memiliki dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean berusia 7 tahun serta Ara Adreanna, 4.

Mereka juga sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019 dan rujuk semula.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.