fbpx
Now Reading
“Nak Habis Belajar Dahulu” – Anak Dharma Harun Nafi Tak Mahu Kerja & Bantu Keluarga

“Nak Habis Belajar Dahulu” – Anak Dharma Harun Nafi Tak Mahu Kerja & Bantu Keluarga

Sebelum ini, Dharma dan anaknya memaklumkan dia diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah yang mencecah RM7,500.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada hujung minggu yang lalu, media melaporkan kebimbangan pelakon terkenal era 80-an Dharma Harun Al-Rashid yang terpaksa mengosongkan rumah sewanya yang terletak di Wangsa Maju ekoran mempunyai tunggakan sewa mencecah RM7,500.

Dharma yang merupakan pelakon filem Adik Manja itu juga dikatakan turut menanggung dua orang anaknya Siti Qurratu Aini dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman yang masing-masing berusia 36 dan 35 tahun.

Kedua-dua mereka dikatakan masih menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menampung hidup.

Ekoran daripada itu, ramai pihak mempersoalkan tindakan kedua-dua anak pelakon itu yang masih belajar serta berpendapat di usia sebegitu mereka seharusnya keluar bekerja dan membantu bapa mereka.

Nafi Tidak Mahu Bekerja, Mahu Tamatkan Pengajian Berbaki 2 Bulan

Menolak dakwaan sesetengah pihak, anak bongsu pelakon berkenaan Muhammad Al Syafiq menjelaskan dia mahu menamatkan pengajiannya di Aswara yang hanya berbaki dua bulan sebelum bekerja tetap.

Jelasnya, dia yang sedang belajar dalam jurusan Asasi Seni Kreatif enggan terburu-buru menamatkan pengajian yang dijangka akan habis pada Ogos ini.

“Saya adalah pelajar cemerlang dan keputusan peperiksaan juga antara yang terbaik. Jadi, saya disarankan oleh pensyarah supaya habiskan pengajian dulu sebelum mencari kerja tetap untuk menampung kewangan keluarga.

“Oleh itu, saya harus bertahan sampai Ogos depan. Insya-Allah, selepas tamat saja pengajian nanti, saya akan cuba dapatkan kerja tetap dan bayar sewa rumah serta bantu ayah dan keluarga,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Dekan Banyak Bantu & Ada Buat Kerja Sambilan

Jelas Muhammad Al Syafiq lagi, Dekan Pusat Pengajian Asasi Kreatif ASWARA Dr Erdina Nasseri memahami masalah kewangan yang dihadapi oleh dia sekeluarga.

Malah, dekannya itu menjadi antara individu yang sering menghulurkan bantuan kepadanya.

“Dekan tahu saya ada masalah kewangan dan dia pun banyak membantu hingga segan dibuatnya, termasuk mendapatkan saya bantuan dari Aswara. Secara peribadi, dekan memang banyak bantu saya selama ini. 

“Saya juga sebenarnya ada buat kerja sambilan pada sebelah petang dan malam di kafe sebelum ini untuk mencari pendapatan. Cuma, sekarang ada projek akhir pengajian dan susah sikitlah untuk saya bekerja.

“Apapun, saya tak kisah orang nak cakap apa sebab tahu apa yang saya buat dan Allah juga tahu. Ketika saya bekerja dulu, dapatlah juga RM300 sebulan dan digunakan untuk membayar bil eletrik dan air, serta apa-apa yang patut,” jelasnya.

Terdahulu, kisah Dharma yang juga merupakan pelakon Sikit Punya Gila itu mula menjadi perhatian selepas media melaporkan dia dan anak-anak perlu mengosongkan rumah ekoran sewa rumah yang tertunggak.

Menurut Dharma, dia diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menjelaskan tunggakan tersebut.

Namun, dia sukar untuk melunaskan bayaran tersebut kerana tiada tawaran berlakon yang membolehkan dia untuk membayar sewa tersebut.

Pun begitu, Dharma mendakwa dia mengharapkan agar sebuah stesen TV menyelesaikan pembayaran program di bawah terbitan syarikatnya WWS Studios Sdn. Bhd. yang sudah ditayangkan di televisyen pada tahun 2022.

Difahamkan, stesen TV berkenaan bersetuju untuk membayar Dharma dengan bayaran RM312,000 namun dia masih lagi tidak menerima pembayaran itu.

Malah, dia turut mengharapkan agar lebih banyak tawaran pekerjaan untuknya bagi menampung perbelanjaan harian.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Tidak Bayar Sewa & Bil Elektrik Cecah Hampir RM7,000, To’ki Akhirnya Buka Mulut

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.