fbpx
Now Reading
Kes Fitnah: Mahkamah Arah Chef Wan Bayar RM150,000 Kepada Bekas Menantu

Kes Fitnah: Mahkamah Arah Chef Wan Bayar RM150,000 Kepada Bekas Menantu

Hakim Datuk Azizah Nawawi turut memberi injuksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan sebarang kenyataan fitnah kepada Gavin Edward O’Luanaigh yang juga bekas suami Serina.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (20 Jun), Mahkamah Rayuan Putrajaya memerintahkan chef selebriti Malaysia Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh.

Perintah itu dibuat berhubung penerbitan berunsur fitnah yang dibuat oleh Chef Wan terhadap Edward di platform media sosial.

Chef Wan Turut Diarah Bayar Kos Prosiding & Faedah 5% Setahun

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan Edward untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan kenyataan yang didakwa dibuat oleh Chef Wan tidak memfitnahnya.

Hakim Azizah memerintahkan Chef Wan untuk membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada Edward yang juga merupakan bekas suami pelakon Serina Redzuawan.

Malah, Chef Wan turut diarahkan membayar RM40,000 sebagai kos untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Hakim Azizah turut memberi injuksi berkekalan yang melarang cef tersebut daripada menerbitkan sebarang kenyataan fitnah kepada bekas menantunya itu.

Chef Wan juga diperintahkan untuk membayar faedah 5% setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Chef Wan Langgar Janji Kepada Mahkamah

Hakim Wong Kian ketika menyampaikan alasan penghakiman menjelaskan, mahkamah mendapati hantaran di akaun Instagram dan Facebook oleh Chef Wan telah memfitnah Edward.

Beliau juga mengatakan chef tersebut telah melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap bekas menantunya itu.

Edward memfailkan saman fitnah terhadap bekas bapa mertuanya pada Februari 2021 dengan mendakwa lapan hantaran di media sosial Chef Wan mengenai dia dan isterinya sekarang dan memfitnah mereka.

Namun, Chef Wan dalam penyataan pembelaannya mengatakan hantaran yang dibuat adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat jahat.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mei 2023 lalu memutuskan kenyataan yang dikeluarkan Chef Wan tidak berunsur fitnah dan tidak berniat jahat.

Namun, hakim membenarkan tuntutan Edward untuk injuksi bagi menghalang bekas bapa mertuanya itu daripada menerbitkan sebarang dakwaan fitnah dan palsu terhadapnya

Hakim Rozi Bainun pada ketika itu turut mengarahkan Chef Wan untuk menurunkan lapan hantaran tersebut yang menjadi subjek kepada tuntutan saman fitnah itu.

Untuk info, Edward yang merupakan warganegara British telah memeluk Islam pada 20 November 2006 dan menggunakan nama Salahudin Ghafffar.

Edward kemudiannya berkahwin dengan anak perempuan Chef Wan, Serina Redzuawan pada 1 Januari 2010 sebelum bercerai pada 1 Ogos 2017.

Sepanjang tempoh perkahwinan, Edward dan aktres itu dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing berusia 14 dan 13 tahun.

Baca Artikel Berkaitan: Balu Arwah Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Baca Artikel Berkaitan: Johnny Depp Menang AS$15 Juta Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri Amber Heard

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.