fbpx
Now Reading
“Merepek! Mana Ada..” – Ruhainies Nafi Nak Bertunang Dengan Aliff Aziz [Video]

“Merepek! Mana Ada..” – Ruhainies Nafi Nak Bertunang Dengan Aliff Aziz [Video]

Apa yang mencuri tumpuan adalah Aliff dan Ruhainies dilihat berpakaian sedondon berwarna hitam sewaktu tiba di perkarangan mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (3 Julai) penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium, 4 Mac lalu.

Aliff atau nama penuhnya Mohamad Aliff Aziz dan Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Abu Suffian Abu Yaziz.

Pendakwaan dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki manakala peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani mewakili Aliff serta Ruhainies.

Apa yang mencuri tumpuan adalah Aliff dan Ruhainies dilihat berpakaian sedondon berwarna hitam sewaktu tiba di perkarangan mahkamah.

Malah mereka juga dilihat ceria dan mesra ketika menyantuni petugas media yang hadir ke prosiding kes khalwat tersebut.

Nafi dakwaan akan bertunang

Dalam pada itu, Ruhainies yang ditemui media menafikan dakwaan yang dia akan bertunang dengan Aliff seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut Ruhainies, ketika ini banyak dakwaan tidak benar mengenai dirinya yang bertebaran di media sosial.

Keadaan ini boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan banyak pihak.

“Benda tu merepeklah. Tak akan berlaku (bertunang). Tak adalah, hal itu pun (penyebaran berita pertunangan) merepek. Makin lama makin merepek.

“Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih dikeluarkan,” katanya dipetik Harian Metro.

Sebelum ini Ruhainies meluahkan rasa tidak puas hati selepas ada pihak tidak bertanggungjawab telah bertindak mereka kad undangan digital pertunangannya bersama Aliff Aziz.

Baca artikel berkaitan: “Take Down Post Ini Atau”- Ruhainies Berang Ada Individu Sebar Kad Undangan Pertunangan Palsu

Tidak datang berdua ke mahkamah

Aktres itu turut menafikan dakwaan yang dia hadir ke mahkamah pada hari ini bersama dengan Aliff sebaliknya waktu perbicaraan mereka yang sama.

“Tidak, kami datang berasingan. Tapi waktu perbicaraan yang sama,” kata Ruhainies yang turut mengakui kes khalwat dan kontroversi yang berlaku pada waktu ini sedikit mengganggu fikirannya.

Dia bagaimanapun enggan mengulas mengenai sindiran bekas isteri Aliff, Bella Astillah yang mendakwa dirinya sebagai perosak rumah tangga.

“Soalan ini terlalu berat. Mengenai hal itu, apa yang boleh diatakan, kes hari ini membabitkan kes khalwat, kalau boleh saya memang tak nak sentuh mengenai isu itu.

“Insya-Allah nanti kita jawab pada masa yang sesuai nanti,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.