fbpx
Now Reading
“Ya Memang Saya” – Mamat Sepah Mengaku Dia Pelawak Yang Ditahan Polis

“Ya Memang Saya” – Mamat Sepah Mengaku Dia Pelawak Yang Ditahan Polis

Mamat Sepah dan isterinya ditahan reman pada Isnin (1Julai) atas dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Selasa (2 Julai) yang lalu, kecoh di media sosial laporan mengenai penahanan reman seorang pelawak dan isterinya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melalui aplikasi Telegram.

Berita itu nyata mengejutkan orang ramai hingga kebanyakan pengguna media sosial berteka-teki siapakah pelawak yang dimaksudkan.

Baca Artikel Berkaitan: Pelawak & Isteri Direman 2 Hari, Bantu Siasatan Kes Penyebaran Maklumat Dalaman Polis

Mamat Sepah Mengaku Dirinya Ditahan Polis

Terbaharu, teka-teki orang ramai terjawab apabila pelawak Mohd Noor Murad atau Mamat Sepah mengakui dia merupakan pelawak yang ditahan polis.

Menurut Mamat, dia dan isteri Nordiana Ibrahim telah memberi kerjasama penuh dan mendapat layanan baik sepanjang tempoh penahanan itu.

“Ya, memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini.

“Alhamdulillah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain,” katanya yang dipetik daripada mStar.

Enggan Ulas Lanjut, Siasatan Sedang Dijalankan

Walau bagaimanapun, Mamat enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan penyebaran maklumat dalaman itu.

“Untuk perkara itu, saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undangkan,” katanya.

Menurut peguam Muhammad Fadhli M. Sutris yang mewakili Mamat, kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Ekoran itu, Fadhli memohon kerjasama orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menganggu siasatan polis.

“Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya.

“Proses siasatan ini masih dijalankan jadi saya nak menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis,” katanya lagi.

Mamat dan isteri ditahan reman pada Isnin (1Julai) atas dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam.

Isterinya bagaimanapun telah dibebaskan dua hari kemudian manakala pelawak itu dibebaskan pada petang Khamis (4 Julai) atas jaminan polis.

Baca Artikel Berkaitan: Pelawak & Isteri Direman 2 Hari, Bantu Siasatan Kes Penyebaran Maklumat Dalaman Polis

Baca Artikel Berkaitan: “Mereka Buat Video Call 1 Jam Sebelum Pernikahan Saya” -Mamat Jawab Isu Rakan-Rakan Tidak Hadir ke Majlis Akad Nikah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.