![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/v1-Jezamine-Harith-720x420.jpeg)
“Semoga Baik-Baik Sahaja”- Ramai Titip Doa Selepas Harith & Jezamine Buka Mulut Tentang Isu Penceraian
Kemesraan yang dipamerkan oleh Harith dan Jezamine dalam video temu bual itu membuatkan segelintir peminat berharap hubungan mereka sebagai suami isteri dapat dipulihkan khususnya demi anak-anak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (19 Julai), kami ada berkongsi video penjelasan daripada pelawak stand-up comedy terkenal tanah air, Harith Iskander berhubung isu penceraian bersama isterinya, Dr Jezamine Lim.
Ia didedahkan sendiri oleh Harith menerusi satu temu bual eksklusif bersama BuzzKini/The Rakyat Post yang dihoskan oleh Daphne Iking.
Video sama turut dikongsikan Harith menerusi akaun Facebook dan Instagram rasmi miliknya.
Menerusi video tersebut, Harith meletakkan kesemua kesalahan di bahunya hingga menyebabkan isu penceraian itu timbul.
Malah, keputusan untuk bercerai itu adalah keputusan bersama dan merupakan jalan terakhir yang terpaksa diambil olehnya dan Jezamine setelah tiada penyelesaian yang ditemui.
Pun begitu, walaupun telah berpisah, Harith dan Jezamine akan mengekalkan hubungan baik sebagai sahabat baik demi kebahagiaan anak-anak.
Bukan itu sahaja, mereka juga sudah mempunyai perancangan yang rapi dalam memastikan urusan penjagaan dan pengurusan anak-anak berjalan dengan sempurna.
Malah, mereka berdua menegaskan akan memastikan ketiga-tiga cahaya mata mereka tidak terkesan dengan apa sahaja yang mendatang.
Baca Artikel Berkaitan: “I Screwed Up”- Harith Iskander Buka Mulut Isu Tuntutan Cerai, Tampil Beri Penjelasan [Video]
Pengguna Media Sosial Terkejut, Doa Yang Terbaik
Pendedahan secara eksklusif itu nyata mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka sedih dan terkejut kerana tidak menyangka pasangan dua sejoli ini bakal meleraikan ikatan perkahwinan yang telah dibina 14 tahun lamanya itu.
Malah, dek kerana kemesraan yang ditonjolkan Harith dan Jezamine menerusi video temu bual tersebut, ramai yang mengharapkan agar hubungan mereka sebagai suami isteri dapat dipulihkan.
Namun, tidak kurang juga ada yang menerima dan melihat berita itu secara positif dan mengharapkan sinar dan kebahagiaan buat mereka berdua khususnya demi kerjaya dan masa depan anak mereka.
Selain itu, ada juga yang memuji Harith kerana berani tampil menjelaskan apa yang menjadi punca Jezamine memfailkan permohonan cerai tempoh hari sekali gus memperbetulkan tanggapan dan menafikan dakwaan yang tidak benar.
Sekadar info, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan hasil perkahwinan perkongsian hidup mereka selama 14 tahun itu, pasangan tersebut dikurniakan tiga orang anak.
Desas desus berhubung status perkahwinan pelawak yang pernah mendapat gelaran ‘Godfather of The Stand-Up Comedy’ mula timbul selepas tular laporan yang menyatakan Jezamine memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sekitar bulan Jun lalu.
Berita tersebut nyata mengejutkan ramai pihak khususnya peminat Harith yang sebelum ini pernah mendapat gelaran Manusia Paling Lucu Di Dunia itu.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya, Anda Berdua Pasangan Yang Hebat, Yang Paling Penting Anak-Anak Dalam Keadaan Baik”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/WhatsApp-Image-2024-07-20-at-1.43.42-PM-627x1024.jpeg)
“Ini Amat Menyedihkan, Dapat Lihat Masih Ada Cinta & Hormat Antara Mereka”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/WhatsApp-Image-2024-07-20-at-1.43.45-PM-627x1024.jpeg)
“Sedihnya, Kenapa Cerai? Anda Berdua Nampak Serasi Bersama”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/WhatsApp-Image-2024-07-20-at-1.43.45-PM-1-710x1024.jpeg)
“Ia Amat Menyedihkan. Jika Penceraian Buat Anda Jadi Ibu Bapa Yang Baik, Kenapa Tidak”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/WhatsApp-Image-2024-07-20-at-1.43.45-PM-2.jpeg)
“Ini Yang Kita Patut Normalize. Semoga Anda Berdua Terus ‘Sembuh’, Saling Menyokong Antara Satu Sama Lain & Jadi Ibu Bapa Yang Terbaik.”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/WhatsApp-Image-2024-07-20-at-1.43.47-PM.jpeg)
“Jodoh Pertemuan, Ajal Maut Ditentukan Yang Esa, Semoga Kedua-Duanya Akan Kembali Sebagai Suami Isteri Nanti”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/WhatsApp-Image-2024-07-20-at-1.43.47-PM-1-693x1024.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: