“Saya Tak Pernah Respon”- Sharifah Rose Dedah Pernah Ditawar RM60,000 Hanya Untuk Teman VVIP Makan
Sharifah Rose mendedahkan sikapnya yang suka menghabiskan masa sendirian atau introvert menjadi antara sebab dia menolak tawaran tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bergelar seorang artis atau public figure bukanlah satu perkara yang mudah. Selain daripada perlu menjaga tingkah laku, privasi mereka juga kadang-kala turut diganggu oleh segelintir individu.
Malah, apa yang lebih teruk apabila ada segelintir orang tidak bertanggungjawab sanggup menawarkan bayaran lumayan kepada artis untuk dijadikan ‘teman’.
Ditawar Dengan Bayaran RM60,000
Berkongsi kisah tersebut, pelakon dan pempengaruh terkenal Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira atau lebih dikenali sebagai Sharifah Rose mendedahkan dia pernah ditawar dengan bayaran lumayan semata-mata untuk menjadi peneman.
Aktres yang berusia 25 tahun itu mendedahkan dia diberi tawaran dengan bayaran sebanyak RM60,000 sebagai peneman kepada golongan orang kenamaan atau VVIP.
“Saya pernah dapat mesej dengan menawarkan RM60,000 hanya untuk teman makan sahaja.
“Tapi saya fikir agak mengarutlah nak teman makan sahaja ditambah pula tidak mengenali individu yang perlu ditemani itu,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.
Dedah Diri Sejenis Introvert, Pernah Dapat Tawaran Bercuti
Sharifah Rose yang mula terkenal dengan watak Hana Aralyn dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard mendedahkan sikapnya yang suka menghabiskan masa sendirian atau introvert menjadi antara sebab dia menolak daripada menerima tawaran tersebut.
Dedah Sharifah Rose lagi, selain menemani makan, dia juga pernah diajak untuk pergi bercuti oleh individu yang tidak dikenali di Instagram.
“Saya jenis introvert, jadi saya rasa macam bahaya dan tak mahu pergi.
“Teman makan, teman pergi bercuti tapi saya tidak pernah balas pun. Tetapi yang membuat tawaran itu adalah seorang perempuan.
“Kadang-kadang kita tak tahu dengan siapa kita berkawan. Muka nampak baik tapi macam itulah kejadiannya,” jelasnya.
Selain Sharifah Rose, terdapat beberapa artis yang lain turut pernah menjadi sasaran kumpulan ini.
Antaranya seperti Puteri Sarah Liyana yang pernah menerima tawaran daripada seorang wanita yang menyamar sebagai Nadia Brian untuk menjadi peneman golongan VIP dengan bayaran RM15,000.
Baca Artikel Berkaitan: