fbpx
Now Reading
“Semuanya Sebab Kawan-Kawan”- Fara Salleh Mengaku Ada Minta Cerai Dengan Shuk Sahar

“Semuanya Sebab Kawan-Kawan”- Fara Salleh Mengaku Ada Minta Cerai Dengan Shuk Sahar

Fara Salleh mendakwa Shuk hanya berubah (perangai) sekejap sahaja dan mengakui mentalnya turut terganggu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Mac lalu pelawak, Shuk Sahar telah memaklumkan dirinya sudah berkahwin dengan wanita pilihannya iaitu Fara Salleh sekitar November 2023.

Meskipun sedikit lambat memaklumkan mengenai perkahwinan keduanya itu, Shuk bukan berniat untuk merahsiakannya tetapi menunggu waktu sesuai untuk memberitahu perihal itu.

Fara Salleh buat luahan seperti mengambarkan sedang berdepan masalah rumah tangga

Namun belum setahun rumah tangga dibina, isteri kepada pelawak itu baru-baru ini membuat satu luahan seperti mengambarkan badai yang melanda rumah tangga mereka.

“Menyesal kahwin is so real (adalah sangat tepat). Saya berharap dia sedar dengan kenyataan saya dan ceraikan saya,” luah Fara Salleh di Threads, lapor Kosmo.

Luahan itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai, malah ada juga yang kembali membuka kisah lama mengenai penceraian rumah tangga Shuk bersama bekas isterinya iaitu Rossa Sera dan menyifatkan ia seperti karma atas perbuatan berkenaan.

Pertahankan diri bukan penyondol, sifatkan pelawak ‘kaki perempuan’

Tidak mahu diri dijadikan sebagai fitnah, Fara lalu tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia bukanlah penyondol seperti yang didakwa dan menyifatkan pelawak yang juga pengacara tu sememangnya ‘kaki perempuan’.

“Saya tak pernah rebut dia dan dia bukan ada saya seorang sahaja kalau nak tahu zaman itu boleh tanya tuan badan sendiri.

“Allah saksi saya dan dalam kalangan kawan dia pun tahu tentang perkara ini.

“Saya juga simpan semua perbualan dia dengan wanita lain Saya bukan punca (Shuk bercerai) dan saya tak pernah bersuara pasal ini kerana selama ini saya hanya diam.”

Dalam masa sama, ramai juga pengguna Threads turut menasihati isteri pelawak berkenaan untuk mencari punca kepada perubahan sang suami dalam menyelesaikan isu rumah tangga.

Sifatkan suami pemarah dan sukar selesaikan masalah yang berlaku

Fara kemudian menyifatkan sikap pemarah suaminya itu membuatkan mereka sukar untuk mencari penyelesaian untuk sesuatu masalah yang berlaku.

Malah dia mendakwa pelawak itu lebih mempercayai rakan daripada dirinya sebagai seorang isteri.

“Dia lebih percayakan kawan yang melindunginya. Banyak kali saya ajak ke kaunseling tetapi dia tidak mahu.

“Berapa ramai ustaz dah nasihatkan. Dia baran sangat tetapi kalau dengan orang lain dia tidak macam ni,” tambahnya lagi.

Fara bagaimanapun tidak mahu mendedahkan punca dia membuat luahan itu di media sosial.

Namun menerusi carian kami, hantaran tersebut telah dipadam oleh Fara.

Sudah penat dan hilang sabar, Fara megaku minta cerai

Terbaharu mStar melaporkan, Fara mengakui dia ada meminta cerai kerana sudah penat dan hilang sabar dengan perangai suaminya yang menceritakan tentang keburukannya kepada rakan rapat sehingga menyebabkan nama baiknya tercemar.

“Tentang perkongsian itu (Threads), saya mengaku saya minta (cerai) sebab dah terlalu penat. Semuanya sebab kawan-kawan, persahabatan mereka ini terlalu kuat sampai suka cerita buruk pasangan masing-masing dalam grup.

“Nama saya ni kalau tak buruk sebab mulut orang jauh, buruk sebab mulut orang paling dekat,” katanya.

Dia juga mengatakan Shuk hanya berubah sekejap sahaja selain mengakui mentalnya terganggu kerana tidak mempunyai tempat untuk mengadu.

Bukan hanya itu, katanya selepas mendirikan rumah tangga dia terpaksa menjauhkan diri dari rakan-rakan kerana ingin fokus serta mengalas tanggungjawab sebagai isteri.

“Mungkin dulu saya sibuk kerja, ada kawan. Apabila dah kahwin ni kena buang semuanya, mental kita jadi burn out pun juga. Lebih-lebih sekarang kena fokus suami sahaja.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.