“Dia Hanya Ikut Arahan”- Nora Ariffin Dakwa Suami Dipaksa Lafaz Cerai Tanpa Sebab
Menurut Nora, bekas suaminya itu dipaksa menceraikannya tanpa sebarang sebab dan diminta untuk membuat video sebagai bukti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak malam tadi (12 Ogos), dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penyanyi, Datuk Nora Ariffin telah diceraikan oleh suaminya menerusi satu video.
Menerusi video tersebut suami penyanyi berkenaan, Dr Rushdi Ramli telah menceraikan Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Ariffin.
Malah video suaminya melafazkan cerai itu, turut dikongsikan oleh penyanyi berusia 51 tahun berkenaan di Instagram.
Nora dakwa bekas suami dipaksa lafaz cerai
Tidak sampai 24 jam video itu dimuat naik, Nora mendakwa bekas suaminya itu dipaksa untuk menceraikannya.
“Ustaz (suami) dipaksa ceraikan saya tanpa sebarang sebab dan diminta ambil video sebagai bahan bukti supaya semua orang tahu,” ujarnya, dipetik Harian Metro.
Sewaktu ditanya siapakan yang memaksa bekas suaminya itu, Nora bagaimanapun hanya mengunci mulut mengenainya.
“Itu saja… Cukuplah,” katanya lagi.
Tak salahkan bekas suami, kerana ikut arahan
Dalam pada itu, pelantun lagu Hanya Satu berkenaan turut memuat naik satu kenyataan di Instagram Story mendakwa bekas suami hanya mengikut arahan yang diberikan.
“Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya, iaitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti.
“Saya tergamam tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” tulisnya.
Sebagai rekod, Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empar orang cahaya mata.
Namun pada 24 Mac 2017 Johan meninggal dunia kerana serangan jantung. Nora kemudian memaklumkan sudah mendirikan rumah tangga bersama Rushdi sekitar hujung tahun 2021.