Sebelum ini, kecoh di media sosial selepas terdapat dakwaan seorang pelakon wanita terkenal yang memukul pembantu peribadinya (PA).
Menurut mStar pembantu peribadi itu mendakwa telah dipukul oleh pelakon terbabit di bahagian dahi serta turut mengacukan senjata tajam ke arah adiknya.
Perkara itu difahamkan berlaku kerana selebriti berkenaan berang apabila isu rumah tangganya diketahui oleh ahli keluarga.
Perkara itu, secara tidak langsung telah menarik perhatian peminat dunia hiburan. Beberapa nama artis popular mula dipetik antaranya Uqasha Senrose.
Uqasha nafi dakwaan pukul PA
Namun semalam (18 Ogos), Uqasha Senrose telah tampil menjawab dakwaan itu dan menafikan ada terlibat dengan insiden terbabit.
Uqasha turut mengatakan dia sendiri tidak tergamak untuk bertindak sedemikian rupa.
“Debik PA? Biar betul? Saya di rumah dengan anak sahaja.
“Ingat saya gangster sangat nak debik (pukul),” jelasnya, dipetik mStar.
Uqasha menjelaskan perkara tersebut menerusi siaran langsung yang dibuat di TikTok selepas ada pengikut yang bertanya mengenai hal berkenaan.
“Kalau aku pukul dah dekat dalam dah”
Menerusi satu lagi video yang kami temui Uqasha menjelaskan yang dia pasti sudah ditahan pihak berkuasa sekiranya berbuat demikian.
“Saya pukul PA? Ingat aku kaki pukul, kalau aku pukul, aku dah dekat dalam (lokap) dah,” kata Uqasha dengan ekspresi terkejut.