fbpx

Puteri Sarah Enggan Masuk Campur Isu Rumah Tangga Syamsul Yusof & Ira Kazar

Bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam memaklumkan dia reda atas apa yang berlaku terhadap rumah tangga anaknya dan menafikan gembira dengan perkara itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (19 Ogos), kecoh di media sosial apabila pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof telah memfailkan penceraian terhadap isterinya, Faghirah Fatini Kazaruddin atau turut dikenali sebagai Ira Kazar.

Memetik laporan Astro Awani, peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul turut mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Namun menurut Mohd Rais, mahkamah bagaimanapun masih belum menetapkan tarikh untuk sebutan kes itu.

Perkara ini pastinya menjadi tumpuan memandangkan pasangan tersebut baru sahaja berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand manakala Syamsul bercerai dengan isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 14 Jun 2023.

Puteri Sarah enggan campur tangan isu rumah tangga bekas suami

Susulan daripada berita tersebut, Puteri Sarah memaklumkan kepada media dia enggan mencampuri urusan rumah tangga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berkenaan.

Malah dia sewaktu dihubungi pihak media berkata tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan kenyataan darinya.

“Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam, tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.

“Saya tidak mahu kenyataan saya memberi impak negatif atas kesulitan orang lain.

“Saya percaya apa saja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Bahagia dengan kehidupan, tak nak fikir tentang orang lain

Kata wanita itu lagi, dia bahagia dengan kehidupannya selain tidak ada masa untuk fikir mengenai orang lain.

“Saya bahagia dengan cara saya sendiri. Saya tiada masa nak fikir mengenai masalah orang lain kerana fokus saya adalah anak-anak,” katanya lagi.

Ira Kazar promosi produk makanan di IG Story selepas lama menyepi

Sementara itu, menurut laporan Harian Metro dalam satu lagi artikel Ira Kazar dilihat kembali aktif dalam melakukan promosi produk makanan menerusi Instagram Story miliknya meskipun sedang berdepan dengan isu rumah tangga.

Jelas akhbar itu, semakan pada media sosial isteri pengarah filem itu mendapati dia ada memuat naik video promosi produk sekitar jam 3 petang, semalam (19 ogos) selepas Syamsul dilaporkan memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Selain memuat naik video, Ira juga dilihat memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang menunggang kuda.

Sebelum ini Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi dilihat tidak memuat naik sebarang hantaran di Instagram selepas bernikah dengan Syamsul pada 6 Januari lalu.

Namun dia ada memuat naik gambar bersama Syamsul selepas aktor itu sah bercerai dengan Puteri Sarah.

Dalam pada itu, bapa kepada Syamsul, Datuk Yusof Haslam menjelaskan dia reda dengan apa yang berlaku terhadap rumah tangga anaknya itu.

Malah dia juga menafikan bergembira dengan perkhabaran tersebut seperti yang disangkakan segelintir pihak.

“Saya cakap terus terang ada orang kata ia berita gembira. Sebenarnya saya serahkan segala apa yang berlaku itu sebagai ketentuan Tuhan.

“Pagi tadi pun isteri saya senyap saja. Jangan anggap saya dan isteri gembira dengan perkhabaran itu. Kami reda dengan apa yang berlaku.

“Jangan salah faham ada yang kata saya tepuk tangan, saya tiada niat begitu pun. Itu pilihan dia dan sudah berlaku pun,” jelasnya kepada mStar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.