fbpx

Uqasha Senrose Dedah Sikap Bekas PA, Masuk Bilik Sesuka Hati & Pakai Baju Tidurnya

Jelas Uqasha Senrose, dia tidak bercakap kosong menegnai bekas pembantu peribadinya itu, malah mempunyai bukti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kecoh di media sosial kes seorang pelakon wanita terkenal didakwa memukul pembantu peribadinya (PA).

Ramai kemudiannya mengaitkan kes tersebut dengan Uqasha Senrose namun aktres itu menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan dia sendiri tidak tergamak untuk melakukan tindakan sebegitu rupa.

Namun pada hujung minggu lalu, tular di media sosial laporan polis yang menyebut nama Uqasha Senrose sebagai artis yang dimaksudkan.

Baca artikel berkaitan: “Ingat Saya Gangster Sangat?”- Uqasha Senrose Nafi Pukul Pembantu Peribadi [Video]

Baca artikel berkaitan: Artis Pukul Pembantu Peribadi: Laporan Polis Tular Di Media Sosial

Uqasha Senrose dedah tentang perangai bekas PA

Terbaharu, Uqasha tampil mendedahkan sikap PA yang didakwa telah memfitnah selain turut membuka aibnya.

Jelas pelakon berusia 32 tahun itu, dia juga mempunyai bukti yang kukuh untuk menjawab segala dakwaan yang dilemparkan oleh bekas PA itu namun enggan memalukan wanita terbabit.

“Setelah beberapa orang buang awak (bekas PA) kerja, saya ambil awak bekerja tanpa bertanya sejarah awak. Layan dengan baik siap duduk rumah macam rumah sendiri. Ada bukti perbualan tapi tidak mahu memalukan dia.

“Dari bulan Oktober sampai bulan Jun saya tiada penggambaran pun tapi gaji bulanan tetap beri tanpa dipotong tapi sebab terlalu selesa ni balasan dia pada saya?

“Dia ingat fitnah dan aib yang cuba dia buat sekarang ni akan berjaya? Dengan banyak hutang dan pinjam duit sana sini, siapa yang dahulukan? Saya tak cakap kosong, saya cakap sekali dengan bukti,” kata pelakon itu.

Bukan hanya itu, pelakon wanita itu juga ada menasihatkan bekas pembantu peribadinya itu untuk tidak memburukkan individu dikenalinya kerana perkara itu dianggap sebagai ‘talam dua muka’.

Pendedahan itu dilakukan Uqasha menerusi beberapa siri muat naik di IG Story, semalam (26 Ogos).

Bekas PA suka masuk bilik tidur dan pakai pakaiannya

Sementara itu, Uqasha turut memaklumkan bekas PA itu juga sesuka hati memasuki kamar tidurnya selain pernah memakai pakaian miliknya tanpa pengetahuan.

Dakwanya lagi, wanita tersebut juga sering mengadu mengenai bekas majikannya yang sebelum ini kerana ingin meminta simpati.

“Pertama sekali masuk bilik tidur peribadi saya tanpa kebenaran dan macam mana dia tahu ada duit banyak dalam tu pun saya tak tahu. Dah ada pembantu rumah kemaskan bilik saya kenapa dia juga nak masuk bilik saya?

“Tambah pula dia main pakai baju tidur saya sesuka hati? Perangai kampung mana ni?

“Selepas itu mula mengadu domba bekas majikan tolak daripada ambil dia bekerja.”

Untuk rekod sebelum ini, polis ada menahan seorang wanita yang dipercayai pembantu peribadi kepada seorang aktres yang didakwa telah mencuri barangan kemas milik pelakon itu dan anaknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.