fbpx
Now Reading
Isu KJ Didakwa Sindir PMX, Johan Enggan Ulas & Serahkan Kepada Pihak Pengurusan

Isu KJ Didakwa Sindir PMX, Johan Enggan Ulas & Serahkan Kepada Pihak Pengurusan

Jelas Johan, tugasnya di stesen radio tersebut adalah menghiburkan para pendengar serta rakan-rakan yang ada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (10 September), tular video di media sosial memaparkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin (KJ) yang juga penyampai radio di sebuah stesen radio swasta, Hotfm yang didakwa menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi video tersebut kelihatan KJ sedang mempromosikan dirinya untuk meraih undi dari orang ramai kerana tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36).

Namun apa yang menjadi perhatian adalah caranya memberi ucapan yang mirip ahli-ahli politik termasuklah Anwar dan kelihatan dua lagi penyampai radio iaitu Fara Fauzana dan Johan Raja Lawak turut tertawa selepas mendengar ucapan tersebut.

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang segelintir masyarakat yang berpendapat ia satu gurauan yang tidak sopan.

Baca artikel berkaitan: “Saya Ulang!”- Lawak KJ Bersama Penyampai Radio Swasta Undang Kritikan Pengguna X [Video]

Enggan keruh keadaan, Johan serahkan kepada pihak pengurusan

Terbaharu, pelawak yang juga penyampai radio segmen berkenaan, Johan atau nama penuhnya Mohammad Yazid Lim Mohd Aziz enggan menggulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

Malah dia menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menjelaskan mengenai dakwaan sindiran yang dibuat oleh KJ semasa mereka bersiaran di udara pada pagi 9 September.

Sifatkan tugasnya di stesen radio untuk menghiburkan pendengar dan rakan-rakan

Ujar Johan tugasnya di stesen radio itu adalah untuk menghiburkan para pendengar serta rakan-rakan yang ada.

“Saya serahkan kepada pihak pengurusan, biar mereka jawab,” ujarnya, dipetik MalaysiaKini.

Johan walau bagaimanapun menyifatkan kejadian yang terjadi itu ibarat teguran dari Yang Maha Kuasa.

“Ini baru cuitan Allah beri agar saya tidak berasa terlalu selesa dengan pekerjaan saya lakukan.”

Disoal sama ada perkara itu tu boleh menjejaskan kariernya, Johan berkata, dia lali berdepan perkara sedemikian.

“Saya dan isteri (Ozlynn Waty) sudah biasa hadap perkara begini sejak mula masuk industri, kami dah puas menangis,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.