Hantaran Ibu Syamsul Yusof Jadi Perhatian, Anak Pulang Ke Pangkuan Keluarga
Apa yang lebih menjadi perhatian adalah Patimah turut berkongsikan hantaran gambar dia bersama suaminya, Yusof Haslam, Syamsul dan bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof? Boleh dikatakan hampir kesemua filem arahannya berjaya mengutip jutaan ringgit.
Selain dari kejayaan filem-filem arahannya, gosip dan kemelut keluarga yang dihadapi di antara Syamsul dan ibu bapa turut menjadi perhatian ramai.
Seperti sebelum ini, Syamsul dikatakan sudah lama tidak berhubung dengan keluarga sejak berlakunya pergolakan rumah tangga bersama bekas isteri, Puteri Sarah Liyana.
Malah, konflik itu berlanjutan apabila pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bernikah secara rahsia dengan bekas isteri keduanya, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin pada 6 Januari lalu.
Syamsul Yusof Jumpa Ibu Bapa
Namun, hantaran terbaharu di Instagram (IG) Story ibu Syamsul Datin Patimah Ismail menjadi perhatian ramai.
Setelah bertahun dikatakan tidak pulang, Syamsul Yusof dilihat kembali ke pangkuan ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan isteri.
Menerusi hantaran itu, Syamsul dilihat gembira dan mesra berpelukan kedua ibu bapanya itu.
Malah, ibu Syamsul turut meletakkan muzik latar belakang daripada kumpulan Sabyan bertajuk Syukran Lillah seolah-olah menggambarkan rasa syukur yang ada dalam dirinya.
Puteri Sarah Turut Dilihat Bergambar Bersama
Apa yang lebih menjadi perhatian adalah Patimah turut berkongsikan hantaran gambar dia bersama suaminya, Yusof Haslam, Syamsul dan bekas menantunya, Puteri Sarah.
Turut kelihatan, anak kedua Syamsul dan Puteri Sarah turut berada dalam gambar tersebut.
Dalam pada itu, Puteri Sarah Liyana tumpang gembira atas apa yang berlaku di antara bekas suami dan mentuanya itu.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya turut gembira apabila mentua pun gembira.
“Biarpun saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan Syamsul, saya tumpang gembira apabila dia akhirnya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan Papa (Datuk) dan Mama (Datin). Apatah lagi, mereka sudah bertahun tak jumpa dengan Syamsul.
“Sebenarnya, Syamsul sendiri yang nak jumpa mereka. Cuma saya sampai lambat sebab ada acara pada petang itu.
“Saya pulang ke rumah dahulu ambil anak-anak dan bawa sekali jumpa datuk dan nenek mereka sebelum kami ke Vietnam untuk bercuti. Apa pun, semuanya sudah selesai,” katanya.
Tidak Terfikir Kembali Kepada Syamsul
Jelas Sarah, kehadirannya sewaktu pertemuan itu tidak mempunyai maksud atau niat lain seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
“Ingin dijelaskan, sehingga detik ini saya tidak terfikir ingin kembali pada Syamsul. Saya sudah ada kehidupan sendiri dan bahagia dengan pilihan sebegini.
“Sekarang ini, saya mahu tenang-tenang saja di samping membesarkan anak-anak dan fokus pada kerjaya,” kata Sarah yang dipetik daripada Harian Metro.
Untuk info, Syamsul sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Namun, perkahwinan itu hanya bertahan selama sembilan tahun apabila mereka bercerai pada 14 Jun 2023.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Biar Ibu Sendiri Menangis” – Yusof Haslam Harap Syamsul Muhasabah Diri Di Bulan Ramadan Ini
Baca Artikel Berkaitan: Setuju Untuk Bercerai 18 April, Yusof Haslam Harap Hubungan Syamsul & Puteri Sarah Baik Demi Anak-Anak