fbpx
Now Reading
Ramai Puji & Teruja Azzam Sham Tukar Lirik Lagu Bruno Mars Versi Sokong Palestin [Video]

Ramai Puji & Teruja Azzam Sham Tukar Lirik Lagu Bruno Mars Versi Sokong Palestin [Video]

Dalam video tersebut, Azzam telah menyanyikan lagu A Day With A Smile dari Burno Mars dan Lady Gaga dengan menukar lirik yang intinya ditujukan khas buat Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sehingga ke hari ini, konflik membabitkan Israel dan juga Palestin masih lagi belum selesai meskipun sudah puluhan ribu nyawa yang terkorban.

Namun ia tetap tidak mematahkan semangat orang ramai untuk terus bersodaliriti bersama Palestin dengan memberikan semangat dari jauh.

Antara solidariti yang ditunjukkan oleh orang ramai adalah menerusi boikot kepada beberapa jenama atau selebriti yang secara terang-terangan menyokong puak Zionis berkenaan.

Sheryl Shazwanie tolong tukar lirik lagu Die With A Smile untuk Palestin

Baru-baru ini penyanyi, Azzam Sham turut tidak melepaskan peluang apabila menunjukkan solidaritinya menerusi lagu Bruno Mars sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azzam Sham memaklumkan isterinya, Sheryl Shazwanie telah mengubah lirik lagu Die With A Smile yang dinyanyikan oleh Bruno Mars bersama Lady Gaga itu untuk rakyat Palestin.

Malah Azzam turut mendedikasikan lagu tersebut kepada Bruno Mars.

Dalam lagu turut maklumkan akan sentiasa bersama Palestin

Di rangkap yang kedua, Azzam telah menyebut nama negara Palestin dalam lirik.

“Saya baru bangun dari mimpi, di mana masyarakat Palestin dan saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal dan saya tahu maksud kepada semua ini.

“Namun disebabkan saya masih hidup, saya sedar apa yang mereka sedang perjuangkan dan itu yang saya ikuti. Tiada sesiapa menjanjikan untuk hari esok.

“Maka hentikan peperangan, kami inginkan gencatan senjata. Bebas, bebaskan Palestin. Jika dunia akan berakhir, kami akan sentiasa berdiri bersama anda (Palestin).

“Nyawa kesemua mereka adalah penting untuk kami juga. Kami tahu kebenaran dan telah melihat semuanya bahawa mereka (Palestin) berjuang untuk hak mereka,” nyanyinya dalam bahasa Inggeris.

Siap nyanyi sambil pegang bendera Malaysia dengan penuh semangat

Sewaktu menyanyikan lagu itu Azzam turut memegang bendera Malaysia sebagai tanda rakyat di negara ini sentiasa bersama Palestin yang sedang berjuang.

Malah apa yang mencuri perhatian bukan sekadar lirik yang diubah, bahkan Azzam turut menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat dan merdu.

@azzamsham

Guys bantu azzam tag onwer lagu guys bagi dia repost ✌🏼 Thank you to my lovely wife @Sheryl Shazwanie sbb tukar lirik ni hopefully korang boleh terima 🫣 Ps: ni azzam record live sorry la klu terkurang nak best pakai headphone 👌🏻 #DeritaJiwaOutNow #diewithasmile #diewiththesmilecover #diewithasmilecover

♬ original sound – Azzam Sham – Azzam Sham

Ramai puji Azzam Sham nyanyi lagi sedap dari Bruno Mars

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji lagu yang sudah diubah untuk rakyat Palestin itu.

Malah ada yang mengatakan ia adalah versi yang lebih baik daripada penyanyi asal.

Bukan hanya itu, ada yang mengatakan lirik yang diubah juga mempunyai maksud yang mendalam.

Sebelum ini, Bruno Mars telah dikaitkan sebagai penyokong Israel. Perkara itu mula menjadi bualan selepas penyanyi itu mengatakan “Saya sayang Israel” sewaktu membuat persembahan di sana pada Oktober 2023.

Meskipun perbuatan tersebut adalah normal buat setiap selebriti yang mengadakan konsert di luar dari negaranya. Namun tindakan Bruno Mars itu dianggap tidak wajar oleh segelintir pihak.

Menurut BDS Malaysia, Bruno Mars wajar digelar penyokong tegar Israel selepas dia menolak permintaan sebuah organisasi pro-Palestin yang memintanya agar tidak mengadakan konsert di Tel Aviv. Bahkan dia telah mengisytiharkan cintanya terhadap rejim itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Bruno Mars, Anda Tidak Dialu-alukan Di Malaysia” – BDS Malaysia

“Power! Bruno’s out. Versi ini lebih baik”

“Bangga, dah lama tunggu untuk remake ini. Baru boleh repost”

“Kenapa aku nangis wei, lirik aku tak expect… bebas, bebaskan Palestin & Lubnan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.