
Fattah Amin & Fazura Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bina Rumah Tangga
Menurut Fazura terdapat tiga punca mengapa dia memfailkan penceraian antaranya tiada persefahaman selain mendakwa Fattah Amin sudah lama mengabaikan nafkah buatnya dan Fatima.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di Subang Bestari sebentar tadi (7 Oktober).
Fattah telah melafazkan talak terhadap isterinya pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Lafaz itu dilafazkan selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, dipetik Kosmo,
Hakim syarie kemudiannya mensabitkan berlaku penceraian antara kedua-dua pelakon terkenal itu.
Dilihat berbincang sebelum Fattah lafaz cerai
Terdahulu, sewaktu berada di luar mahkamah Fattah dan Fazura turut dilihat berbincang sesama mereka sebelum aktor berkenaan melafazkan cerai talak satu terhadap bekas isterinya dihadapan hakim syarie.
Sebagai rekod pasangan ini telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun iaitu pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Fazura dakwa dah lama tak bahagia
Dalam satu video yang dimuat naik oleh mStar di Instagram, Fazura turut memaklumkan punca penceraian disebabkan beberapa perkara.
“Punca penceraian pertama adalah Fattah telah abaikan nafkah untuk saya dan Fatimah setelah sekian lama.
“Yang kedua adalah kami sudah tiada kesefahaman lagi di mana saya sudah lama tidak bahagia,” dakwanya dalam keadaan sebak.
Namun sepanjang melalui pergolakan rumah tangga tersebut Fazura mengatakan dia cuba bertahan meskipun pelbagai fitnah dan cacian dilemparkan kepadanya.
“Saya berharap seorang suami itu akan ke depan untuk mempertahankan saya tetapi langsung tiada, dan ketiga yang saya memang tak boleh terima lagi ialah memang Fattah berlaku curang terhadap saya.”
Namun pada 13 September lalu pelakon wanita terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, 41, telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin, 33 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Sebelum permohonan cerai itu dilakukan terdapat desas-desus berhubung keretakan rumah tangga pasang berkenaan.
Baca artikel berkaitan: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin Selepas 7 Tahun Bina Rumah Tangga