“Tidak Pernah Nampak Dia Gatal Atau Bercerita Hal Wanita” – Pekin Ibrahim Buka Mulut Tentang Fattah Amin
Pekin Ibrahim dalam hantaran tersebut tutut berpendapat tuduhan curang yang dilemparkan terhadap Fattah Amin adalah terlalu berat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam (7 Oktober), berita penceraian pasangan popular Fattah Amin dan Fazura kecoh diperkatakan di media.
Apa yang lebih menghangatkan adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pelakon itu hingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Dakwa Fazura, terdapat tiga perkara yang menjadi punca kepada perpisahan mereka iaitu Fattah telah mengabaikan nafkah kepada dia dan anaknya, tiada persefahaman dan berlaku curang terhadapnya.
Kenyataan itu bagaimanapun disangkal oleh aktor berkenaan. Malah, Fattah mendakwa dia mempunyai bukti transaksi pembayaran dan dakwaan tersebut adalah satu tohmahan untuk memalu dan mencemar nama baiknya.
Baca Artikel Berkaitan: Fattah Amin Nafi Curang & Tak Beri Nafkah, Peguam Dedah Fazura Boleh Dipenjara Jika Langgar Perjanjian
Pekin Ibrahim Dedah Peribadi Fattah Amin
Tampil mempertahan rakan baiknya, pelakon Pekin Ibrahim mendedahkan peribadi sebenar Fattah Amin dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.
Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim, Fattah bukanlah seperti seorang yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Jelas pelakon filem Hantu Kak Limah itu, sepanjang dia bersama dengan Fattah ketika waktu penggambaran, tidak pernah sekalipun aktor itu bercakap mengenai orang lain khususnya wanita selain isteri dan anaknya.
“Mengenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM, saya pernah mengarah beliau di saat ramai kata dia pelakon kayu tapi dia buktikan dia boleh berlakon dengan baik.
“Ketika saat-saat rumah tangga tengah bergolak, saya dan dia bersama lagi untuk sebuah filem, latihan dan pengambaran agak lama.
“Kami luang masa bersama, tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya, tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak dan isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut beliau,” tulisnya.
Anggap Tuduhan Curang Terhadap Fattah Berat
Tambah Pekin, dia berpendapat dakwaan curang terhadap rakan baiknya itu adalah satu tuduhan yang berat.
“Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain, kami menjalani pengambaran lama, bersama pelakon dari Indonesia, tidak sekali pun saya nampak fattah gatal atau bercerita hal wanita.”
Pekin Ibrahim
Tambah Pekin lagi, Fattah juga sentiasa menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.
“Sampai waktu solat hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan. Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau, hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah dan kuat.
“Sedih dengar hal-hal cerai ni. Minta jauh hal-hal macam ni tapi aku team Fattah. Korang?” tulisnya lagi.
fattah amin budak baik sepanjang aku kenal .Mengenali Fattah Amin , teman sekelas saya di UUM , saya pernah mengarah beliau di saat ramai kata dia pelakon kayu , tapi dia buktikan dia boleh berlakon dengan baik , ketika saat-saat rumahtangga tengah bergolak saya & dia bersama lagi untuk sebuah filem , latihan & pengambaran agak lama . Kami luang masa bersama , tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya , tidak sekalipun bercerita hal peribadi , hanya rindu anak & isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut beliau , jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain , kami menjalani pengambaran lama , bersama pelakon dari indonesia , tidak sekali pun saya nampak fattah gatal atau bercerita hal wanita , sampai waktu solat hanya mintak rehat untuk tunaikan kewajipan , sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau , hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat . Sedih dengar hal-hal cerai ni . mintak jauh hal-hal macam ni . Tapi aku team Fattah . Korang ?
Posted by Pekin Ibrahim on Monday 7 October 2024
Ramai Sokong, Ada Juga Yang Tidak Setuju
Hantaran Pekin nyata mendapat perhatian ramai. Rata-rata menyokong apa yang diperkatakan oleh pelakon filem Rock Bro mengenai rakan baiknya itu. Namun, ada juga pengguna yang mempersoalkan kenyataan Pekin.
Sekadar info, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun bergelar suami isteri di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam semalam (7 Oktober).
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Saya Wanita Tapi Saya Team Fattah”
“Semoga Allah Gantikan Pasangan Yang Baik Buat Fattah”
“Tak Payah Nak team Sangat, Hanya Bini Lebih Kenal Suami Sendiri”
Baca Artikel Berkaitan: Fattah Amin Nafi Curang & Tak Beri Nafkah, Peguam Dedah Fazura Boleh Dipenjara Jika Langgar Perjanjian
Baca Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Fazura Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bina Rumah Tangga