fbpx
Now Reading
Difitnah Pernah Nasihat Fattah Amin Sebelum Kahwin, Rosyam Nor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Difitnah Pernah Nasihat Fattah Amin Sebelum Kahwin, Rosyam Nor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Rosyam Nor turut memuat naik tangkap layar kandungan hantaran serta akaun individu yang memfitnahnya dalam satu hantaran di Instagram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu penceraian pasangan artis popular Fattah Amin dan Fazura masih lagi hangat diperkatakan hingga kini.

Berita itu bukan sahaja mengejutkan peminat industri hiburan tanah air malah turut menjadi perhatian selebriti lain hingga ada di antara mereka menyokong dan tampil membuka mulut bercerita mengenai peribadi Fattah Amin.

Antara artis yang pernah mengeluarkan kenyataan dan menunjukkan sokongan terhadap isu tersebut adalah Pekin Ibrahim dan Keena Wahab.

Malah, tular dakwaan usahawan dan pelakon Datuk Rosyam Nor juga pernah menasihati Fattah Amin untuk berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwi dengan Fazura..

Dakwaan itu dikeluarkan oleh seorang wanita menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok.

Baca Artikel Berkaitan: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin Selepas 7 Tahun Bina Rumah Tangga

Baca Artikel Berkaitan: “Tidak Pernah Nampak Dia Gatal Atau Bercerita Hal Wanita” – Pekin Ibrahim Buka Mulut Tentang Fattah Amin

Bakal Buat Laporan Polis Terhadap Pemfitnah

Walau bagaimanapun, Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Nor Shamsuddin menegaskan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan yang didakwa melemparkan fitnah terhadapnya di media sosial.

Memetik mStar, pelakon utama KL Menjerit itu menjelaskan dia kini sedang berbincang dengan peguamnya dan bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Saya akan buat laporan polis,” katanya.

Muat Naik Akaun & Hantaran Pemfitnah

Rosyam yang juga pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-21 itu turut memuat naik tangkap layar kandungan hantaran serta akaun individu yang memfitnahnya.

Menerusi perkongsian Rosyam di Instagram, wanita berkenaan membuat kenyataan seolah-olah aktor itu pernah menasihati Fattah Amin sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.

“Fattah patut tahu dari awal dengan siapa dia nikah. Aku dah tegur dulu – Rosyam Nor,” tulis pengguna TikTok berkenaan.

Rosyam turut memberi amaran kepada pengguna berkenaan akan mengambil tindakan undang-undang.

“Korang tunggu, aku seret korang pergi mahkamah. Buat fitnah, aibkan orang,” tulisnya di Instagram.

Hasil semakan BuzzKini mendapati pemilik akaun berkenaan telahpun mengunci (private) akaunnya.

Foto: Tangkap Layar Akaun TikTok

Terdahulu, rakaman video podcast Rosyam Nor yang membincangkan topik mengenai seorang isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki kekayaan kembali tular di media sosial selepas penceraian Fattah Amin dan Fazura.

Walau bagaimanapun, Rosyam yang juga pelakon utama Memoir Seorang Guru menjelaskan dia tidak menganggap semua wanita mempunyai sikap sama tetapi mendakwa kebanyakannya berperangai sedemikian.

Namun, topik itu hanya sekadar lontaran umum dan tiada kaitan dengan kisah artis yang terpalit dengan isu rumah tangga.

Malah, ia juga satu rakaman lama yang dimuat naik semula sekaligus tiada langsung kaitan dengan kes Fattah Amin dan Fazura.

Baca Artikel Berkaitan: Fattah Amin Nafi Curang & Tak Beri Nafkah, Peguam Dedah Fazura Boleh Dipenjara Jika Langgar Perjanjian

Baca Artikel Berkaitan: Fazura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah Isu Penceraian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.