fbpx
Now Reading
Diana Danielle Nekad Cerai Dengan Farid Kamil, Sudah Beri Arahan Untuk Fail Permohonan – Peguam

Diana Danielle Nekad Cerai Dengan Farid Kamil, Sudah Beri Arahan Untuk Fail Permohonan – Peguam

Menurut Akberdin, pihaknya akan memfailkan perceraian Diana Danielle dan Farid Kamil dalam tempoh terdekat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam bulan ini sahaja, peminat industri hiburan dikejutkan dengan berita penceraian beberapa orang selebriti tempatan.

Antara yang mendapat perhatian adalah perpisahan pasangan Fattah Amin dan Fazura, Emma Maembong, Datuk Fazley Yaakob serta Que Haidar.

Semalam (28 Oktober), pelakon wanita Diana Danielle pula mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan mahu bercerai buat kali kedua bersama suami yang juga merupakan seorang aktor, Farid Kamil.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson menerusi satu hantaran di Instagram miliknya malam tadi.

"Rujuk Bukan Untuk Semua Orang" – Diana Danielle Mahu Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil Selepas setahun merujuk,…

Posted by BuzzKini on Monday 28 October 2024

Peguam Syarie Sahkan Diana Danielle Dah Beri Arahan Untuk Bercerai

Terbaharu, peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan anak guamnya telah memberi arahan untuk meneruskan proses memfailkan perceraian terhadap Farid Kamil.

Menurut Akberdin, pihaknya akan memfailkan perceraian dalam tempoh terdekat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

“Betul, anak guam saya sudah arahkan untuk teruskan (failkan rujuk dan perceraian).

“Diana juga sudah beri arahan untuk memfailkan dan saya sedang menyediakan dokumen berkaitan proses rujuk dan cerai sekali. Kami akan failkan dalam bila-bila masa sahaja,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Diana Nekad Untuk Bercerai

Malah, Akberdin juga turut memaklumkan bahawa anak guamnya itu sudah nekad dengan keputusan untuk bercerai dengan Farid.

“Diana memang sudah tekad dan dia sebenarnya sudah bagi arahan sebelum ini untuk bertindak. Semalam dia bagi arahan untuk ‘proceed’ terus,” jelasnya lagi.

Faktor Perceraian Akan Kongsi Pada Waktu Yang Tepat

Akberdin bagaimanapun tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai punca Diana mahu bercerai buat kali kedua. Jelasnya, ia akan dikongsikan oleh mereka pada waktu yang tepat.

“Pada hari perceraian difailkan nanti, kami akan beritahu, sekarang ini agak sukar nak kongsi.

“Arahan nak failkan memang sudah ‘confirm’. Jadi, kami akan kongsikan yang lain kemudian,” katanya lagi.

Untuk info, pada 10 Mac 2023 yang lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama.

Dia dan Farid kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk sebulan kemudian.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata yang berusia 11 dan sembilan tahun.

Baca Artikel Berkaitan: Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Kerana Shiqaq, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak

Baca Artikel Berkaitan: Diana Danielle Dakwa Farid Kamil Semakin Baran, Minta Buang Bin & Binti Pada Nama Anak

Baca Artikel Berkaitan: Farid Kamil Bukan Nak Selamatkan Rumah Tangga Tapi Jaga Air Muka Sahaja, Kata Diana Danielle [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.